Monday, March 10, 2014

Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Isnin yang agak lemau... badan terasa penat yang amat.   Mungkin sebab sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti bermula Jumaat, Sabtu & Ahad.  Ke KL sampai 3 hari berturut2... pecah rekod.  Anakda balik dari asrama.. itulah sebabnya.. Sedapnya kalau boleh ambil halfday balik rumah berehat sampai petang.. hehehe..

Oklah.. teruskan dengan resepi untuk hari ni.  Tapi sebelum tu.. mari kita sama2 berdoa moga kehilangan pesawat MH370 berjaya ditemui semula.  Apa pun jawapan yang bakal kita ketahui kita terimalah dengan hati yang redho... Mudah2an semuanya yang baik2 saja.  Ya Allah.. kau berikanlah petunjukMu agar hilang segala kebimbangan kami semua ya Allah. Amin ya rabbal alamin...

Ok jom resepi mudah dapur MaDiHaA hari ni... agak pedas sikit.. budak2 tak tahan pedas memang tak boleh makan ni.. hangat.. hehe..
 

Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
250 gm spagetti ~ direbus hingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air.
sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/hiris
1/4 biji capsicum merah/hijau ~ dipotong sesuai selera (optional)

Bahan Perasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu.  Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.  Masukkan sosej & air & masak/kacau seketika.
2. Masukkan kobis & semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum & gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus & gaul sebati.  Jika kurang rasa garamnya.. boleh tambah kicap cair hingga mendapat rasa yang secukupnya.  Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

ish menggoda sungguh

Sweet red cherry said...

lapar pula tengok spaghetti tu kak..em, sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...