Thursday, May 8, 2014

Ayam Sambal Capsicum

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Pagi ni berkongsi resepi lauk pula ye.  Macam dah lama je tak kongsi menu lauk pauk.  Tengok dalam folder bersusun gambar lauk yang belum sempat dikongsi kat blog.  Takpelah kan... slow2 nanti MaDiHaA kongsikan.  Bukan ada resepi2 canggih pun... sekadar resepi2 biasa... koleksi dari Dapur MaDiHaA buat rujukan anak-anak di masa hadapan.  Jika ada pengunjung yang sudi nak mencuba sangat2 dialu2kan.  Semoga ianya dapat memberi idea kepada ibu2 yang ketandusan idea nak memasak untuk keluarga.  Kadang2 MaDiHaA sendiri pun macam tu... sampai dah tak tau nak masak lauk apa untuk keluarga.  Kenalah cari ilham dari blog kawan2 pula.

Ok dah cukup mengomel pagi ni... mari kita tengok resepi pula ya..


Ayam Sambal Capsicum
by MaDiHaA

Bahan-bahan
700 gm ayam ~ dipotong sederhana besar & cuci bersih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 cawan air
1 biji capsium merah / hijau~ potong ikut selera
Minyak secukupnya
 
Bahan kisar
5 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato sederhana besar

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & toskan. Gaul bersama sedikit garam & serbuk kunyit.  Goreng ayam hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau sehingga harum & terbit minyak.  Masukkan air, sos tiram, gula & garam secukup rasa.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam goreng serta capsicum yang telah dihiris. Gaul mesra & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

5 comments:

lieyalatif said...

e'eh kak..resepi senang laaaa...kebetulan ade ayam ni..esok turn masak ayam plak....so boleh la try resepi akak...tapi kene pi alamanda singgah kat big aeon ni cari capsicum lah....

tun_telani said...

Salam kak Madihaa.. tun pon mcm tu jugak, bila ketandusan idea nk masak, ronda2 blog dulu. huhu.. menu ayam mcm ni mmg bdk2 suka kan..xpernah jemu makan.

Lydia Miza said...

Salam kak ratna. Minta izin salin resepi ye kak. Nak
Cuba masak. Tgk pun tau sedap nak2 guna cili merah.

Bicara Kak Noor said...

salam Madiha, lama tak singgah sini apa kabar, terliur tengok ayam tu lah mmg hari2 masak tak de idea dah kan, akak pun boleh try resepi ni jugak esuk lusa sbb anak2 nak ayammmm he hari2

TukangKebun said...

Bilalah kapsikum kami nak besar dan masak ni bolehlah cuba resepi ni ya :).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...