Wednesday, May 7, 2014

Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hujung minggu lepas MaDiHaA siapkan tempahan pulut kuning berhias dua hari berturut2.  Maka dengan itu... banyaklah lebihan buah tomato & cili capsicum yang tersadai dalam peti sejuk tu.  Untuk elakkan pembaziran, maka MaDiHaA pun buatlah 2 biji pizza dengan menggunakan buah tomato tanpa kulit tu sebagai sos pizza.  Jadi tak perlulah gunakan sos tomato dengan kuantiti yang banyak bila dah gunakan buah tomato fresh tu.


Ok jom kita tengok resepinya.  Resepi doh pizza MaDiHaA gunakan resepi Dj Dayang Jack & sos pizza menggunakan alternatif sendiri.  TQ Dayang... resepi doh pizza ni sangat best.  Tapi MaDiHaA ada tambah oregano sikit dalam resepi supaya bau dohnya semerbak bau oregano semasa membakar. 

Jom kita buat pizza sendiri!  Jimat belanja & yang penting ianya lebih bersih.

 
Pizza Sosej (dengan sos dari buah tomato)
by MaDiHaA aka Ratna

Resepi Basic Doh Pizza
(MaDiHaA gandakan resepi untuk dapatkan 2 biji pizza )
Sumber : DjDayangJack
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung 
  • 1 sudu kecil serbuk oregano (MaDiHaA tambah ini)
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri (supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos pizza dan bahan-bahan topping yang lain. Taburkan dengan keju mozzarela secukupnya
  9. Bakar selama 18 - 20 minit atau hingga keperangan.
 

Resepi Sos Pizza Cara MaDiHaA 
(resepi ini cukup untuk 2 biji pizza) 
Bahan21/2 tin cendawan butang ~ dihiris nipis
1 labu bawang besar holland ~ didadu kecil
4 ulas bawang putih ~ dicincang
380 gm tomato ranum ~ didadu
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air


Cara menyediakan
1. Panaskan minyak zaitun lalu tumiskan bawang putih & bawang holland hingga wangi. Masukkan tomato dadu & air.  Biarkan ia merenih.
2. Masukkan sos tomato, sos cili & cendawan butang masak hingga sos pekat. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam & gula secukup rasa. Bila dah pekat & secukup rasa bolehlah matikan api.


Bahan2 Topping


Sosej secukupnya ~ direbus & dihiris serong
cili capsium secukupnya ~ dipotong kecil (MaDiHaA guna warna merah & kuning)
jeruk buah zaitun secukupnya ~ dihiris & buang biji tengahnya
Keju mozarella secukupnya


Selamat mencuba!

7 comments:

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. mmg meriah dgn sosej pizza akak nih.. dh lama tun xbuat pizza.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lah kat sini tengah hujan lebat madihah.. lapor akak tengok Pizza yg elok jer bersusun sosej tu.. emmm sedapnya :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lah kat sini tengah hujan lebat madihah.. lapor akak tengok Pizza yg elok jer bersusun sosej tu.. emmm sedapnya :)

Lydia Miza said...

Mesti sedap rasa sos tu kak ratna. Tq sudi berkongsi di sini

lieyalatif said...

wah kak...telan2 ailiyo lieya tgk pic akak nieh...untung anak2 akak ari2 makan sedap mcm2 menu bertukar2 heheheheeh..

~LiZa IsMaiL~ said...

Ya Allah..terliurnya tengok!

P/S: Kan best kalau boleh dapat income sambil-sambil ber-bloging.

Amie said...

Setuju sangatlah saya ni Madiha kalau ada pilihan buat pizza sendiri, kita boleh pilih topping yang disukai, sebanyak mana nak bubuh, bersih, suci & halal he heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...