Wednesday, May 28, 2014

Ayam Vietnam againn....



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Nampaknya hari ni resepi ulangan je... Biasalah kalau dah sedap tu mesti ada siaran ulangan.. hihi.. Jadi siapa2 yang belum mencuba tu.. wajiblah cuba ye... memang sedap & jadi kegemaran anak2..


Ayam Vietnam
Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattieCT Zaliedana & MaDiHaA


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam saiz sederhana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)
3 batang serai (MaDiHaA ketuk je)
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat


Cara Menyediakan:
1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.


Selamat mencuba!


5 comments:

LiNa_Pg said...

Sedapnya kak madihaA..
kalau ayam ni rajin sket nk mencube sbb nnt pening kepala xtau nk masak apa...
Harus cube gak ni...

Fazleyatul Aini said...

lapo lapo lapo

Irfa said...

mmg asal vietnam ke menu ni?

Bbwana adienia said...

sedapnya..jadi lapar tengok..

Emy Omar said...

Sedapnya kak..pernah makan tapi tak pernah try masak lagi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...