Monday, February 23, 2015

Pindang Tapai Ubi

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seronok rasanya dapat bercuti panjang kali ni.  Cuti kali ni penuh dengan aktiviti family.  Macam2 yang sempat dibuat.  Anak kat asrama pun dapat balik ke KL.  Tapi tak lama pun kat rumah sebab lepas jemput dia kat Stesen Bas Pekeliling KL, malamnya kami bertolak balik ke kampong MaDiHaA pula.  Dapatlah tidor kat kampong selama 3 malam. Petang Jumaat pula kami bertolak balik ke Raub pula sebab en. suami ada 2 jemputan kenduri kahwin. Sekali hantar anak balik asramalah tu.. jadi tak perlulah dia nak balik ke asrama naik bas.  Tapi kami terpaksa tinggalkan dia kat kampong dulu sebab sekolahnya buka hari Selasa. Terpaksa minta tolong adik ipar hantarkan kakak ke asrama petang Isnin (hari ni).  Kami terpaksa balik ke PJ awal sebab adik2 kat sini semua bersekolah hari Isnin.

Cerita pasal kampong, MaDiHaA teringatkan kesedapan Pindang Tapai Ubi yang menjadi kegemaran arwah ayah.  Dah lama tak membuatnya.  Biasa kalau buat pun, guna tapai ubi yang dibeli dari pasar malam aje.  Belum ada kerajinan nak buat tapai ubi sendiri.  Hihi.. Kalau ada yang teringin nak mencuba atau dah jemu makan tapai ubi macam tu je.. bolehlah diolah tapai ubi menjadi pindang atau pengat macam ni.  Mesti tambah sedap!




PINDANG TAPAI UBI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 peket tapai ubi (harga RM2.00)
1 kotak kecil santan (Madiha guna santan trim ayam brand)
1 cawan air
1 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
1/4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Masak santan bersama gula, daun pandan & garam hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
2. Masukkan tapai ubi dan masak seketika hingga kuah agak pekat.
3. Tutup api dan bolehlah dihidang.


Selamat mencuba!

6 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya tak makan tapai hihi

Sweet red cherry said...

menariknya..wana x penah makan lagi kak.. :)

sud@is said...

kat tempat saya panggil `serawa ubi'...sedap makan tambah cuaca manas macam ni, ...

Nasa Mulia said...

jumpa tapai ubi nanti boleh try...selalu makan macam tu saja.

Unknown said...

nampk sedap lah Madihaa tapi syg disini tkde jual tapai ubi, cemana nak buat tapai ubi tu ye, madihaa ada resepi tapai ubi ke

Yana Shaiful said...

sedappnyaa kak..yana suka sgt pengat tapai ubi nii.. klu blk kelantan slalu suh mama bt.. dia tahu anak dia suka.. huhuu rindunya nk blk kg ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...