Thursday, February 26, 2015

Jelly Cocktail Berkuah

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Melunaskan hajat anak dara masa cuti sekolah tahun lepas. Katanya teringin nak makan puding cocktail yang ada kuah susu tu.  Ibu tak berapa rajin nak godek puding kastard jadi beli sumi jeli jelah... hehehe... Senang keje semua beli yang siap, tinggal masak kuahnya aje.


Jelly Cocktail Berkuah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 pek sumi jeli
1 tin buah cocktail
1 tin nenas kiub
1 tin laici
nata de coco secukupnya atau boleh campur apa saja yang digemari

Bahan kuah
2 tin susu cair
2 tin air masak (sukat dengan tin susu yg sama)
gula secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara menyediakan
  1.  Masak bahan kuah hingga gula larut. Tak perlu hingga mendidih. Manis ikut selera masing2. Jika nak tambah ais boleh lebihkan manisnya sikit.
  2. Buka sumi jeli satu persatu ke dalam mangkuk hidangan. Buah2an dalam tin ambil isinya sahaja, air dibuang. Campurkan semua.Tuang bahan kuah. Jika suka masukkan ketulan ais ke dalam jelly cocktail tadi & hidang sejuk.

Selamat mencuba!

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...madihaa sejuk jer lalu kt tekak, kena pulak dgn cuaca pns skrg ni...sesuaiiii ssgt...

cheq da said...

Wah sedapnya

asyifamustaffa said...

Alahai sedapnya klau dapat time cuaca panas gini...lama tak buatnya...huhuhu ....

Areyou said...

Salam..sy nk buat jual puding sumi nie dlm bekas yg cawan atau pun mangkuk kecil..ssuai x?berapa sukatan sumi dlm setiap cawan tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...