Sunday, February 22, 2015

Labu Siam (Chayote) Goreng Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Oklah kali ni kongsi resepi labu siam goreng pedas.  Tak tau apa sebenarnya orang kita panggil sayur ni... Nama sayur ni dalam inggeris dipanggil chayote.  MaDiHaA kadang2 panggil buah penumbuk! hahaha... kan rupa buahnya tu serupa penumbok atau sarong tangan boxing tu... dah betul lah tu kan.. hehe.. Tak silap MaDiHaA orang Indonesia memanggil sayur ni sebagai labu jipang.. ye nggak? Kalau silap mohon diperbetul kan ye.. 

Dari segi rasa... labu siam ni rasanya lebih sedap dari sayur labu air tu tau.  Bahagian dalamnya sama sekali berlainan sebab labu siam ni dalamnya ada biji seperti biji mangga.. berbeza sekali dengan labu air yang dalamnya berbiji2 tu.  Oklah panjang pulak celotehnya.. nak kongsi resepi sayur je pun... kihkihkih...


Chayote
gambar ehsan google


LABU SIAM/ CHAYOTE GORENG PEDAS
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 biji labu siam 

Minyak utk menumis
garam & perasa (jika suka)
air secukupnya utk melembutkan labu

Bahan2 Tumbuk
1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara2 Menyediakan
1. Kupas kulit labu siam, cuci getahnya & belah dua. Buangkan bijinya & potong saiz kesukaan anda.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & agak garing.
3. Masukkan labu & juga air biarkan hingga labu lembut sambil sesekali dibalik2kan. Elok ditutupkan kuali dengan penutup periuk agar labu cepat lembut.
4. Perasakan dgn garam & penambah perisa. Sedia dihidangkan. 


Selamat mencuba!

4 comments:

mrs.smile said...

pernah nampak tapi tak tahu ape nama..lepas ni bole cuba dan cuba masak biasanya saya masak guna labu air tu jer kalau teringin nak makan

Fazleyatul Aini said...

macam jambu pon ye jugak rupanya

sud@is said...

saya belum pernah terbeli dan makan apa lagi nak masak sayur nii....datang sini baru tau nama dan cara masak....cuba beli lepas ni insyaallah

aji nugraha said...

sederhana dan istimewa tentunya..Obat Rematik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...