Tuesday, February 10, 2015

Seri Muka Gula Merah



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi ni nak kongsi resepi kuih pulak ye.  Dah lama tak kongsi resepi kuih kukus macam ni. Memang jarang sangat dibuat sejak kakak Dini duduk asrama.  Takde kawan nak lawan makan.. hihi.. en. suami memang dah sedia maklum kuih2 manis gini tak berapa gemar sangat nak makan nak pulak kalau buat untuk sarapan.  Sarapan bagi en. suami wajib sarapan savoury atau jenis berat seperti bihun/mee/nasi goreng.  Ubi kayu rebus, cekodok bawang atau lempeng kelapa cicah sambal sardin atau sambal tumis ikan bilis antara sarapan kegemaran en. suami. Sesekali muncul juga sarapan nasi lemak kalau ada permintaan.. hihi.. Kuih2 manis macam serimuka ni kalau hidang untuk minum petang tu maulah juga dia makan seketul dua... selebihnya tu pandai2lah nak bagi cepat habis... Haziq & Alin pun kengkadang memilih juga bab2 kuih... ada masa nak dimakan, ada masa langsung tak disentuh nak pulak anak teruna sorang tu... paling memilih bab makan.  Tapi kalau buat kuih2 jenis savoury... sorang pun tak pernah tolak... laju jer... Masalahnya kuih2 savoury tu cerewet sikit nak sediakan.  Ambil masa yang lama nak sediakan.  Itu yang ibu dia ni bercinta nak membuatnya tu... hihi...


Oklah panjang pulak membebel kan?  Nak bagitau.. serimuka yang MaDiHaA buat ni sangat perfect kejadiannya.  Tekstur pulut & bahagian atas memang sempurna sangat.  Terima kasih pada Nadz yang berkongsi resepi ni ye.  Tapi resepi ni MaDiHaA ambil dari blog Yana Syaiful.  Lepas Yana kongsi kat blog dia tempohari.. terus salin resepi.  Bila bahan2 dah cukup terus MaDiHaA cuba.  MaDiHaA ikut Yana iaitu ada sedikit penambahan tepong dalam resepi.  So tekstur bahagian atas tu just nice & cantik bila dipotong tetapi ia tak keras.. just sedang2 aje.  Kuih ni sebenarnya dibuat masa cuti sekolah tempohari.. Dapatlah kakak Dini merasa juga.  Minta maaf pada Nadz sebab akak tukar nama sikit pada resepi sebab akak guna gula merah.  Jangan marah ye Nadz. Terima kasih buat Nadz & Yana yang berkongsi resepi.



SERI MUKA GULA MERAH
Resepi asal Serimuka Gula Melaka : Kak Nadz @ Cute Oven Small Kitchen
Sumber :  yanashaiful

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam
  3. Kukus sehingga masak
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata


BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS

200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil ) ~ yana campur nise dr klate (MaDiHaA gunakan 180 gm gula merah timbang)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur ~ yana guna saiz B
1 tbsp tepung jagung ~ yana letak 2 sudu besar (MaDiHaA ikut Yana)
1/4 cawan tepung gandum ~ yana tambah 1 sudu besar lagi (MaDiHaA ikut Yana)
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka/merah tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. ( klu ada ketulan, boleh ditapis )
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan

 Selamat mencuba!

8 comments:

Fizalgk said...

Salam kak...cantiknya kuih talam gula merah ni. Nmpk menyelerakan...nak try buat juga nanti ikut resepi ni.

Unknown said...

alaahaiii sedapny madihaaa

norhidana said...

msti sedap nih... dana nih minat mkn je kak, nk bt mmg tak reti heheh

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Madihaa...pernah buat sekali jer kuih ni
Sbbnya xder sapa minat kuih niiiii.... :(

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Madihaa...pernah buat sekali jer kuih ni
Sbbnya xder sapa minat kuih niiiii.... :(

rahel said...

Sedapnya kue seri muka....nanti nak try jugak...

Lydia Miza said...

Cantik kejadiannya kak.sesuai utk sy yg kehabisan stok daun pandan ni

maszie71@gmail.com said...

Sedapnya dan menarik kejadiaanya...boleh tahu loyang berapa inci guna ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...