Friday, February 6, 2015

Tempahan Pulut Kuning Berhias Stack 2 Tingkat & Kek Buah

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Jumpa lagi kita ye.  Maklumlah angin tengah rajin update la katakan.  Dek kerana lamanya cuti berblog.. gambar2 tempahan pun ada yang belum berupdate.  Tak banyak pun tempahannya.. adalah sikit2. Buat pun ikut kemampuan diri sendiri.  Terima kasih pada semua yang menempah dengan MaDiHaA ye...

Pulut kuning stack 2 tingkat ini tempahan dari kak Rodziah.  Inginkan deko sama seperti pulut stack yang pernah MaDiHaA buat dahulu.  Katanya dah berkenan dengan deko mcm tu.  Cuma kak Rodziah punya ni MaDiHaA ada tambah beberapa helai/keping daun dari timun jepun untuk naikkan seri bunga rose tomato tu.  Kak Rodziah cakap pulut ni tak payah guna pillar ataupun kakinya sebab beliau dah ada tempat khas untuk diletakkan pulut tu.  Alhamdulillah kak Rodziah sangat berpuas hati dengan hasilnya.  Terima kasih kak sudi menempah dengan saya. Jika terkurang minta dihalalkan ye.



 2 biji kek buah kukus tempahan Christina sempena sambutan krismas yang akan dibawa ke Dubai.  Jauh kek ni terbang.  Kek ini minta di pos ke alamat ibunya, kemudian ibunya terbang ke Dubai untuk sambut krismas sama2 dengan beliau yang bertugas di sana.  Thank you Christina sudi tempah dengan akak ye.  Segala kekurangan harap dimaafkan.


Jika ingin bertanya mengenai tempahan.. boleh call/sms/wa MaDiHaA 019-3171150

2 comments:

Bbwana adienia said...

alhamdulillah..jauh terbang kek tu kak..murah rezeki akak..

kehidupan sihat said...

sedap ye pulut kuning,makan dengan rendang sedap tu.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...