Wednesday, February 11, 2015

Sosej Roll

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kongsi menu simple je hari ni ye.  Ini antara sarapan kegemaran anak2 & yang paling mudah nak sediakan.  Malam kita buat siap2 & simpan dalam peti sejuk (tak perlu frozen).. awal pagi tinggal goreng je.  Bolehlah anak bersarapan sebelum ke sekolah.  Nak berbekal pun boleh.  Senang & mengenyangkan.  Tapi makanan proses macam sosej ni sememangnya kurang elok untuk kesihatan.  MaDiHaA pun tidaklah selalu simpan stok kat rumah.  Kadang2 je.

Jom tengok resepi mudah ni... 


SOSEJ ROLL 
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
10 btg sosej ayam/lembu - rebus kejap & tos
10 keping roti sandwich
2 s/b tepung gandum - bancuh dengan sikit air jadikan pes sebagai gam
2 biji telur
bread crumb secukupnya

Cara2
1. Gelek roti sandwich sehingga
nipis menggunakan rolling pin (tujuan utk kurangkan resapan minyak masa menggoreng). Ambil roti yg telah digelek nipis tadi & gulungkan sosej yang telah direbus tadi di dalamnya kemas2.
2. Gamkan tepi roti dengan tepung gandum yg dibancuh td supaya tak terbuka semasa menggoreng. Buat hingga habis roti & sosej.
3. Pukul telur dengan sedikit garam. campurkan sekali dengan lebihan bancuhan tepung gandum tadi (supaya tak membazir dibuang gitu ajer.. ) Kacau rata2. 

4. Celup gulungan tadi dalam bancuhan telur cepat2 & biarkan rata, kemudian golek2 dalam bread crumb biar keseluruhan bersalut bread crumb. Habiskan kesemuanya. Boleh simpan dalam peti sejuk sekiranya kita buat sebelah malam untuk kegunaan pagi esok.
5. Panaskan minyak dlm kuali utk deep fry. Bolehlah goreng sosej roll sehingga kekuningan menggunakan api yang sederhana. Angkat & tos letakkan di atas paper towel.
6. Boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan cili sos yang digemari.


Selamat mencuba!

5 comments:

Sweet red cherry said...

Memang simple dan sedap.wana pun suka makan..

Lydia Miza said...

Sedap...

Tu lah kalau sosej2 ni laju ank2. Tp bila fikir tak sht jarang juga beli. Diri sendiri pun suka, camne tu kak ratna? Hehehe

Kak Vit said...

anak-aank saya suka makan roti sosej ni.. sebuku roti boleh abes.. hihi.. kita nak buatnya pun mudah dan simple kan. :))

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang...sedapnya...diana pun suka makan menu ni buat sarapan pagi...

miesha said...

sedapnyer : )
anak2 suka makan sosej nie : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...