Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, August 24, 2011

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum & salam sejahtera.....




Ada lagi n3 tertunda ni.. alahaii.. biasalahkan.. memang tak sempat nak buat n3 up~to~date mcm Kak Nor & kawan2 yang lain.  Salute betul dengan kawan2 yang sangat cargas panas2 update n3.. huhu.. Aku ni.. almaklum.. dah namanya berkerja... buat n3 pun bila ada kelapangan... kat rumah lagilah teruk.. mcm2 kerja nak kena settle yang tak membolehkan mengadap lappy macam kat opis.. nama jer masuk line tenet.. tp.. jarang2 gak dpt on lappy... dok bayor bulan2 jer.. hehe... 

Oklah.. tah apa2 membebel.. jom kita tengok resepi ni.  Salah satu resepi yang rasanya ramai jugak yang dah mencuba ni. Resepi asal dari daging dari Cindai Biru@MyR, tapi dah diolah semula oleh Kak Nor & ditukar kepada ayam.  Boleh tahan jugak sedap.. ada iras2 mcm masakan ma & adik2  ku kat kampong bila diaorang buat masak merah ikan... memang akan ditambahkan kicap sikit.. Cuma bezanya.. resepi ma & adik2 lebih ringkas bahan2nya.. tp dari segi rasa.. sama jer.. Mungkin sebab aku tak letak daun limau purut tu kot.. kalau letak rasanya resepi ni mungkin rasa lain sikit kot.. almaklum la.. cik abang ada.. daun limau tu musuh dia.. hehe..

Apa2pun.. terima kasih kepada semua yang terlibat yer.. resepi aku ambil dari rumah Mama Hawa... TQ semuanya ya.. mintak izin letak sikit pulak resepi..


Ayam Bumbu Bali
Olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
Resipi : Kak Nor
Sumber : Mama Hawa

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil - mama gunakan ayam seekor  ~ 1.2kg
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah * (MaDiHaA tambahkan 2 sudu besar cili kering kisar)
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair (MaDiHaA ganti dengan santan)
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong (MaDiHaA tak letak)
Daun limau purut ~ (MaDiHaA tak letak)
garam
gula
minyak

Cara:
1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
3. Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
4. Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
5. Padamkan api dan sedia utk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

7 comments:

Lya Colours said...

saya selalu dgr ayam masak bali. dia sama ke kak dgn resepi yang ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Lya.. rasanya lain.. yang masak bali tu dia tak merah gini.. akak ada gak cuba yg masak bali tu.. asalnya dari ayam.. tp akak tukar kepada daging.. resepi tu pun sedap.. dua2 sedap!

Anonymous said...

salam
nk tanya ade jual tempeyek lagi tak?bole oder lg? kira mcmmaneye?tq

asmah

Ruziawati Yusof said...

sedap menu akak kali ni.. makan lauk ni saja dengan nasi pun dah cukup pada t kak..

MULAN said...

banyak nya bahan... tapi gerenti sedap ni kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ASMAH: maaf ye asmah sebab tahun ni akak tak buka order. jual untuk member2 terdekat saja. mungkin di lain kali ye. TQ sudi bertanya..

Juwita Jamaludin said...

salam kak sedapnya ayam ni.. ita dah try dah masak pun harum je.. tapi tak sempat nak mengentry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...