Assalamualaikum & salam Ramadhan buat semua sahabat seIslam..
Syukur alhamdulillah.. telah masuk 20 hari kita semua berpuasa... bermakna telah masuk juga fasa ke 3 kita berpuasa iaitu fasa terakhir yang juga disebut sebagai pembebasan dari Neraka. Bermula dari fasa pertama iaitu rahmat.. fasa kedua pula keampunan... & bila masuk fasa ke 3 ini pula.. kita sepatutnya lebih memperbanyakkan ibadah2 sampingan lain selain hanya berpuasa semata2 sebagai contoh perbanyakkanlah bersedekah, bertarawih, bertadarus & bermacam2 lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan.. dimana di 10 malam terakhir ini dikatakan akan datangnya 1 malam yang menyerupai seribu bulan yang juga dipanggil malam lailatulqadar. Hanya mereka yang benar2 terpilih saja yang akan bertemu dengan lailatulqadar... marilah kita sama2 merebut peluang yang ada ini...
Oklah.. entry hari ni sekadar buat kenangan kami sekeluarga.. tiada niat untuk menunjuk2.. bukanlah berbuka yang hebat2 pun.. walaupun gitu.. nak masukkan juga iftar kami yang lepas2 yang serba ringkas & ala kadar ni. Mujurlah juga anak2 tak merungut meminta macam2 semasa berbuka puasa. Asalkan ada makanan.. Haziq berbuka saja dengan apa yang kami hidangkan. Alin yang belum lagi berpuasa pun sama.. makan saja apa yang ada. Alhamdulillah.. setakat hari ini.. baru 2 kali ke bazar ramadan... itupun bila Haziq sebut teringin nak makan roti john & murtabak. Hari ke dua ke bazar disebabkan nak balik kampong malamnya.. memang MaDiHaA tak masak untuk berbuka jadi beli sajalah di bazar ramadan serba sikit untuk kami bertiga sementara menunggu ayahnya pulang dari kerja pukul 12 malam.
Iftar day 6 ~ ambil bubur lambuk kat rumah makcik, sampai rumah hanya sempat goreng bihun kunyit. Jiran bagi agar2 roti & masih ada sikit lagi baki pengat pisang yang dibuat sebelumnya. Sambal kicap tu memang buat banyak terus sebab buat makan dengan bubur lambuk tu..
Iftar day 7 ~ Tiap2 hari ada baki nasi sahur.. simpan dalam peti sejuk.. jadi buat nasi goreng je.. Bubur lambuk pun ambil juga.. sempat masak ayam masak taucu untuk bekalan sahur suami.. Kali pertama ke bazar permintaan Haziq nak beli murtabak & roti john. Tepong pelita tu pemberian pengasuh Alin. Sebenarnya Cik Ani bagi 8 biji.. tapi sempat MaDiHaA bagi pada makcik 4 biji & 4 biji untuk kami. Tapi 2 biji dah kena balun dengan Alin.. tu yang tinggal 2 je tu.. hehehe.. sabar jelah..
Iftar day 8 ~ Hari ni ringkas je berbuka.. tak tau nak masak apa.. rasa macam semua tak selera. Tekak teringin nak makan masam2.. jadi masak asam rebus ikan kembong dengan ikan goreng je. Untuk anak en. suami gorengkan mee.
Iftar day 9 ~ Tak sempat nak ambik gambar.. kesuntukan masa.. hehehe.. tapi untuk bersahur hanya panaskan lauk2 baki dalam peti sejuk lepas tu goreng ikan pekasam...
Iftar day 10 ~ Malam tu kami nak balik kampong.. nak berbuka puasa dengan family MaDiHaA kat kampong pulak sebab raya tahun ni insyaAllah beraya di kampong mertua di Raub. Jadi memang tak masaklah untuk berbuka malam tu sebab malas nak simpan baki lauk pauk segala.. jadi kami 3 beranak hanya berbuka dengan juadah dari bazar Ramadhan.. Haziq request nasi ayam, ibunya teringin laksa asam & untuk Alin beli murtabak..
Iftar Day 11 ~ Dah kat kampong masa ni.. Kebetulan ada sepupu juga yang datang ziarah ma & sambil2 menguruskan sikit urusan di kampong. Jadi meriahlah ramai kat rumah ma. So ma masak lebih sikitlah hari tu.. Menu wajib permintaan MaDiHaA bila tiba Ramadhan kalau balik kampong mestilah bubur lambuk versi Terengganu tu.. hehe.. Pastu ma masak juga nasi ayam sebab anak2 tak suka bubur lambuk yang banyak sayur tu. MaDiHaA sempat juga buat karipap petang tu.. ma buat agar2.. pastu jiran sebelah bagi cucur udang.. dapatlah kami balas dengan karipap tu.. syukur alhamdulillah.. rezeki kami hari tu..
Oklah untuk hari ni MaDiHaA kongsi resepi Ayam Masak Taucu ye... ringkas je.. resepi spontan je ni..
Ayam Masak Taucu
Resepi : MaDiHaA aka Ratana
Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dibersihkan, gaul sikit garam & kunyit
8 biji cili padi merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ dihiris
5 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
2 1/2 sudu besar tauchu
1 1/2 cawan air
1/2 sudu besar asam jawa ~ dicampur air jadikan jus
8 batang kacang panjang ~ potong sesuai selera
minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Ayam digoreng 3 suku masak & ketepikan dahulu.
2. Kurangkan minyak dalam kuali.. masih gunakan minyak yang sama.. tumiskan bahan hiris serta cili tumbuk hingga wangi (kecuali cili merah).
3. Masukkan tauchu, air asam jawa, air serta ayam dan biarkan ia merenih.
4. Bila air sedikit surut masukkan kacang panjang dan cili merah hiris. Gaul2 rata & kemudian bolehlah dihidangkan. Tak perlu tambah garam kerana masin tauchu dah mencukupi.
Untuk resepi Asam Rebus Ikan Kembong pula boleh klik kat SINI ye.
Selamat mencuba!
10 comments:
samalah dengan nur kak...thn ni tak pergi bazar sangat...masak sendiri
itupun bila beli tak habis juga..
masak yang simple2 pembuka selera..
sedapnya ayam masak taucu tuh...
walaupun ringkas tapi nampak sungguh menyelerakan, kak. Kak Madiha, sy bleh dikatakan hari2 pergi bazar tapi lebih kepada jalan2 aje sementara tunggu anak balik sekolah, hehehe..
Byk yer menu madiha.. ..hehehe..
wah laju betul ratna mengupdate..heheh..ni kira fast & furiouslah ya..heheh
sedap nampak ayam masak taucho tu ratna..boleh masuk list juga ni..:)
tuh dia maraton menu berbuka. lazat2 semuanya
Rajinnya menembak di bulan pose ni yer Madiha...sedap2 pulak tu menu iftarnya...
hahaha.. marathon.. jgn x marathon.. ;p
bestnyer dpt berbuka kt kg.. tun tahun ni xbersempatan yg berbuka kt kg sendiri :(
Ermmm semua nampak sedap n menyelerakan...
assalamualaikum kak.. :)
wow.. semua lauk2 menu meletop2.. nani kalau dapat ikan goreng + nasi panas2 mmg makan tak hengat kak.. sedapnya..
salam madihaa, sama la dgn Liza, selalu berbuka dgn yg simple2 je, nasib baik anak2 senang mkn, diaorg pun tak pernah merungut...
Post a Comment