Wednesday, March 12, 2014

Sup Cendawan Hirisan Daging

Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370...

Nampaknya.. tempias catuan air terkena juga kat kami.  Mula pagi ini... kat ofis air dah takde.. kat rumah pula sudah ada notis dari pejabat maintanance suruh simpan air secukupnya kerana sudah disahkan kawasan rumah kami akan dicatu juga airnya.  Sebenarnya dah lama pun kami bersiap sedia dengan menyimpan air.  Tapi... Ya Allah.. hati tetap berdebar2 juga... Yang paling dirisaukan... macamana nak siapkan order customer?  Yang kedua pula... risau macamana nak cuci baju sekolah anak2?  Cukupkah simpanan air tu untuk 2 hari?  Bab lain boleh difikirkan & cari alternatif lain.. tapi bab tempahan customer & baju sekolah anak2 memang bikin hati gelisah.  Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.

Oklah sekadar berkongsi resepi ringkas kegemaran anak2.  Haziq & kakak Dini paling suka dengan cendawan tiram ni... kalau masak sebungkus 500 gm tu memang sekali hadap je habis kami kerjakan.. hehe.. Cuma si bambam Alin je tak reti lagi makan cendawan ni. Sebenarnya... tempohari en. suami beli 2 pek cendawan tiram ni.. sebungkus MaDiHaA hanya tumis letak rencah bilis je.. yang sepeket yang ini.. campur dengan hirisan daging pula..

Ok dah jom tengok resepi ringkas ni ye..



Sup Cendawan Hirisan Daging
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
300 gm daging ~ dihiris nipis
500 gm cendawan tiram ~ disiat, cuci & toskan
750 ml air atau secukupnya untuk empukkan daging
1 kiub daging/ayam
garam secukupnya
5 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih~hiris
1 sudu kecil lada hitam yang siap dikisar
minyak untuk menumis

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan hiris hingga wangi & kekuningan.  Terus masukkan air & daging.  Renihkan sehingga daging empuk secukupnya. Jika guna daging batang pinang.. sila kurangkan air ke 500 ml sahaja.
2. Bila daging empuk, masukkan kiub daging/ kiub ayam, lada hitam yang dikisar, cendawan & garam sekadar perlu.
3. Masak sehingga cendawan layu & kuah secukup rasa.  Siap untuk dihidangkan.




Selamat mencuba!

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Emmm dappppnya ;)

Alhamdulillah setakat ni rumah akak belum dicatu airnya tapi akak simpan juga dua tong...
Betul juga tu Madiha, risautentang tempahan customer Dan baju insyallah boleh hantar dobi jer ..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

nyum2 sedapnyer..boleh la try lepas ni saya tak pernah try lagi sup cendawan letak daging gini...

Unknown said...

mesti sedap cendawan di gabungkan dengan daging kan, boleh try lepas ni kan dah terliur akak tengok..

norhidana said...

nyum2 sedap nyer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...