Thursday, September 25, 2014

Bubur Candil Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni kongsi resepi biasa2 je... Pencuci mulut kegemaran en. suami ni.  Anak2 pun suka jugak.  Menu ni biasa timbul bila bulan puasa.  Mesti teringin nak makan benda ni.  Kalau luar bulan puasa tu kadang teringin buatlah juga.  Ikut permintaan lah kan... Ada macam2 versi bubur candil ni... boleh buat macam2 warna & perasa juga.  Nak dicampur dengan pulut hitam pun boleh... Nak campur dengan keledek atau apa2 ubi pun boleh.  Tentu lagi sedap... Kuah santannya pun boleh gunakan samada gula merah, gula melaka atau gula pasir.  Kali ni buat candil biasa je...

Jom cuba jom...


Bubur Candil Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan Doh
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur

sedikit pewarna hijau
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
 

Bahan Kuah
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula pasir (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)

Secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur, pewarna hijau & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula & sedikit garam & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba..!

6 comments:

mama sara nur said...

Assalam
Suka2, sedapp nya hirup kuahnya tu
Teringat arwah toklong sy tgk bubur ni
Masa ada arwah suka buat kita mkn je

Gee® said...

Nyum2x... sejuk jer lalu kat tekak kan... terlior taww!!

lieyalatif said...

fuh kak..seb baik arini tak puase kak...kalo tak mmg lieya meratap hiba depan pc ni kakakaakaka...

lieya suke versi sejuk kak....masuk dlm esbok kejap pastu baru makan...adoi nikmaaaatt duniaaaaa heheheehehe

Bicara Kak Noor said...

sedapnyaa madiha memang fav lah bubur macam ni cuma jarang buat je

rahel said...

Saya pun suka bubur candil ni kak Ratna...slrupp...

Yana Shaiful said...

Sedapnya..yana pun suka jugak tp jarang bt bubur candil nii..anak2 x gemar sgt..klu bubur jagung mmg laju je mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...