Tuesday, September 16, 2014

Gulai Asam Rom Belulang (kulit lembu)

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 
 
Selamat bercuti & selamat menyambut Hari Malaysia.  Hari ni takde ke mana2... duduk rumah aje sambil layan anak2 & menyiapkan tempahan kuih muih.

U all pernah makan kulit lembu?  Orang kampong suami panggil belulang. Kalau tak silap orang Negeri Sembilan panggil jangek.  Di Indonesia pula kulit lembu ni popular dibuat keropok.  Ada nama khasnya tapi MaDiHaA lupa apa sebutannya.  Belulang ni sedap rupanya dimasak gulai.  Kebiasaannya di masak gulai lemak cili padi.   Sebelum ni MaDiHaA tak pernah makan.  Tapi kalau belah Terengganu popular dengan rojak kateh yang diperbuat dari kulit dari kaki lembu.  Memang marbeles aduhh.. kecur dibuatnya.. hehe..  Belulang ni agak leceh nak prosesnya sebab perlu dibakar kulitnya dan dikikis sehingga bersih sama je prosesnya nak buat buat rojak kateh pun kena bakar dulu bahagian kaki lembu & kikis bulu2nya sampai bersih berkali2.  Jika kaki lembu.. popular juga di KL ni dengan masakan sup yang dipanggil Sup Keting.  Soalnya... semua itu asalnya dari kulit dari lembu atau kerbau. Cuma nama je berlainan.
 
Kali ni MaDiHaA masak gulai asam rom yang popular di Negeri Pahang.  En. suami la yang dok teringin sangat ni... alhamdulillah.. lepas dah hajatnya bila dia terjumpa orang jual belulang ni kat pasar pagi Kampong Medan.  Dah siap dibersihkan belulang ni... putih macam babat.  Senang betul dok kat bandar ni yer.. semua bahan dah siap diproses bersih.. tinggal kena ada RM aje.  Kalau kat kampong.. nak makan semua kena buat sendiri.  Bukan semua orang rajin nak membakar & mengikis kulit lembu tu.. hishh... leceh kerjanya.. hehe..

Oklah.. jom MaDiHaA kongsi resepi popular di Raub & Jerantut ni yer...
 
 
Gulai Asam Rom (aserong) Belulang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna (dengan tunjuk ajar dari MIL & suami)

Bahan2
1 kg Belulang (yg siap diproses) ~ dihiris kasar kemudian direbus sekejap kemudian tos
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2 atau 4
sedikit daun kesum
sedikit daun cemomok/daun pijat ~ gunakan 1/4 atau 1/6 dari sehelai daun
1 - 2 keping asam keping
garam secukup rasa (jgn byk sebab dalam bahan tumbuk dah letak garam)
aji (optional)
4 cawan air 

Bahan tumbuk
25 biji cili padi (hampir2 1/2 cawan)
1 sudu kecil garam (sebaiknya garam kasar)
2 inci kunyit hidup (pilih kunyit tua anggaran sebesar ibu jari.. kalau kecik.. lebihkan sikit)
4 sudu besar asam rom
(tumbuk dulu kunyit hidup hingga lumat kemudian masukkan garam kasar & cili padi tumbuk lagi.. bila dah lumat barulah masukkan asam rom & tumbuk agak2 bercampur & separa lumat je..  
 
Cara 2 menyediakan
1. Campurkan bahan2 yang sudah ditumbuk dengan sedikit air.. jadikan pes. Tuangkan ke dalam periuk & campurkan dengan 4 cawan air.
2. Campurkan dengan semua bahan2 lain (kecuali garam) & jerang sehingga mendidih. Biarkan hingga belulang lembut & tambah garam secukup rasa. Biarkan hingga kuah agak pekat & secukup rasanya & bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin. 

Selamat mencuba!
 

4 comments:

Amie said...

Masa kecik-kecik dulu selalu tengok mak proses membakar, merendam kulit lembu sebelum dimasak. Sekarang lebih mudah, sebab dah siap dijual di pasar.... sayangnya di Lahad Datu tak adolah pulak!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kalau orang jawa suka buat sambal tahun.. sedap, akak suka makan.. tengok yg Madiha buat asam ni pun nampak sedap..

Bicara Kak Noor said...

kat sini pun takde belulang tu di jual, menahan selera lah nampak nya kaknor ni Madihaa

Fazleyatul Aini said...

tak pernah makan hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...