Tuesday, September 9, 2014

Sambal Pedas Ikan Jenahak Dengan Petai

Assalamualaikum & salam sejahtera...

2 minggu lepas kami pulang ke kampong mertua di Raub.  Kebetulan pula pada tarikh yang sama sepupu suami ada majlis bertandang dirumah pengantin lelaki.. jadi kami turut sertalah juga walaupun kami gerak dari PJ ni hanya sebuah kereta je.. hehe.. Rombongan keluarga bapa saudara satu bas & beberapa buah kereta semuanya dari Felda Keratong & kami berjumpa di Jeratut terus menuju ke rumah pengantin lelaki di Felda Padang Piol.  Seronok juga pegi ke tempat orang ni. Lain tempat.. lain cara masakan mereka.. Paling istimewa lauk kenduri ada pulak masak tempoyak ikan patin yang ditempah khas dari Temerloh.  Pertama kali MaDiHaA merasa ikan patin yang isinya sedap! Sebelum ni MaDiHaA memang tak suka dengan rasa ikan patin.. tapi bila rasa ikan patin Temerloh ni memang super sedap. Langsung takde rasa pelik... rasa tanah ke rasa paya ke... memang boleh makanlah... hehehe (mcam ler pernah makan tanah kan...haha). Puas hati en. suami & penggemar2 ikan patin menjamu selera.. siap meratah lagi..

Ok berbalik cerita asalnya.. bila dah balik ke kampong tu.. banyak ler bawa balik hasil dari kampong. Antaranya ialah pucuk ubi & petai.  Ada lagi benda lain tapi malas ler nak cerita.. nanti tak abis2 nak sebut dari A sampai Z... hahaha... yang jadi friend kat FB jelah yg tau apa yang MaDiHaA angkut dari kampong tu..kikikii...

Oleh sebab stok petai yang banyak (walaupun dah sedekah2 kat sedara mara & kawan2 kat sini) jadi kita masaklah lauk berasaskan petai sampai lebam ye.  Orang masak sambal petai dengan udang bagai... MaDiHaA sambalkan dengan ikan... kita yang buat dia... sedap wehhh... jangan tak percaya... berdesip2 pedasnya kena dengan cili padi. Resepi sama jer dengan resepi sambal pedas yang biasa MaDiHaA masak.. cuba tambahkan aje dengan petai...





Sambal Pedas Ikan Jenahak Dengan Petai

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 keping ikan jenahak saiz besar (lebih kurang 650 gm)
serbuk kunyit
3 papan petai ~ dihiris ambil isinya
3 ulas bawang merah ~ dimayang
minyak secukupnya
garam & gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
3,4 sudu air
minyak masak secukupnya

Bahan tumbuk halus
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 biji cili padi
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup 

Cara menyediakan
1.  Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & sedikit garam.  Goreng ikan hingga masak. Angkat & ketepikan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah hiris & bahan tumbuk hingga wangi & agak garing.  Masukkan petai, asam gelugur, garam & gula secukup rasa. 
3. Gaul mesra masukkan sedikit air & ikan goreng. Gaul & balik2kan ikan. Bila dah secukup rasa, bolehlah matikan api & hidangkan.

Selamat mencuba!

3 comments:

Bbwana adienia said...

Nampak best la menu akak tu

adda syuhada said...

Wah simplenya resepi..nak buat juga la nanti..

m.u.l.a.n said...

Sedaaapppp sangat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...