Friday, September 5, 2014

Sembang raya.... suka duka kehidupan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Buat semua pengunjung blog yang MaDiHaA sayangi semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

Hari ni terasa rajin nak bercerita kat blog ni walaupun sebenarnya entry hari ni berhari2 juga ku perah idea untuk ku siapkan.. hehe.. Bukan senang nak menulis ni tambah pula bila dah lama sangat berehat.  Jadi tanpa membuang masa.. jom layan entry hari ni yang agak berjela2 ni ye!  Hari ni saja nak bercerita kenangan raya kami.  Dah beberapa tahun sambut raya dalam keadaan yang agak suram.  12 tahun yang lalu kami pernah bersedih kerana kehilangan ayahanda tercinta pada tahun 2002 iaitu pd 26 Ramadhan.. kira2 hanya 4 hari lagi nak sambut raya.  Tiada ungkapan yang dapat digambarkan kesedihan kami pada tahun itu.  Siapalah yang tak berasa sedih.. insan yang berpuluh tahun bersama pergi meninggalkan kami buat selama2nya secara mengejut! Pagi masih ke kebun sayur.. kemudian petangnya diserang sakit, esok terus pergi. Hampir dengan hari raya pula tu. Tentu anda boleh bayangkan kesedihan kami ketika itu kan?  Sepuluh tahun selepas itu iaitu tahun 2012 kami diuji lagi dengan dugaan yang sangat besar yang kami sekeluarga harus tempuhi.  Dugaan itu ibarat sebuah bot ditengah lautan yang tiba2 bocor ditembak musuh.  Kami penumpangnya mau tidak mau terpaksa juga cekalkan hati untuk berenang menyelamatkan diri masing2.  Betapa sukarnya untuk selamatkan diri ditengah2 lautan dalam namun alhamdulillah.. setelah penat & letih berenang.. akhirnya kami hampir menemui daratan.  Begitulah beratnya dugaan kami.  Alam nyatanya.. kami bersyukur berkat doa kawan2 & semua yang mengenali kami di alam nyata maupun di alam maya... dugaan tersebut dapat kami lalui dengan tenang.  Sesungguhnya Allah menduga kita mengikut kemampuan hambaNYA & sesungguhnya setiap kejadian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.  Alhamdulillah.. 2 tahun kami lalui saat2 sukar... akhirnya kemanisan & pelangi yang kami dambakan & yang kami impikan hampir sudah menjelma. Semoga selepas ini segalanya yang indah2 belaka.  Tidak mahu lagi rasanya melalui saat2 sedih itu...

Tahun 2013 masih juga kami diuji.. namun ia hanya melibatkan keluarga kecil MaDiHaA sendiri.. sambut raya dengan keadaan suami yang ditimpa kemalangan pada 20 Ramadhan & patah 3 tulang rusuk membuatkan suami tidak dapat menguruskan dirinya sendiri apatah lagi untuk bekerja mahupun memandu kereta!  Akibat dari tulang yang patah itu buatkan suami tak punya kekuatan walau untuk mengelap badannya sendiri.  Nak berbedak, pakai baju pun perlu dibantu.. itupun hanya baju kemeja saja yang boleh dipakai sebab tangan kanannya tidak boleh diangkat, apatah lagi nak angkat barang.  Walaupun diuji.. namum MaDiHaA seronok kerana dapat luangkan masa yang berkualiti dengan suami tercinta.  Apa tidaknya.. dia sentiasa memerlukan MaDiHaA setiap kali nak buat sesuatu.  Dah macam membelai seorang anak kecil.. Nasib baik nak makan tak perlu bersuap sebab suami belajar suap guna tangan kiri menggunakan sudu.. hehe..   Masih teringat waktu itu MaDiHaA menjadi mak supir ke sana sini untuk bawa suami berubat di tabib cina & juga bomoh patah termasuk ke destinasi yang jauh iaitu di kampong MaDiHaA sendiri.  Bila diingat2 semula... macam tak sangka MaDiHaA mampu lalui itu semua.   Lepas memandu balik kampong berubat.. esoknya memandu pula balik kampong suami di Raub untuk sambut raya di sana.  Rupanya.. orang perempuan ni jadi bersemangat waja bila diberi dugaan... padahal.. jika waktu suami sihat.. bergilir memandu pulang ke kampong baru 1 jam pun dah terasa penat.  Tapi bila keadaan terdesak macam tu... langsung tak rasa penat.. Subhanallah.. sesungguhnya.. semangat itu datang daripadaNYA... tiada yang lebih berkuasa selain dari Allah s.w.t. alhamdulillah.. 

Lain pula cerita di tahun 2014 ini.  Mengikut jadual hospital.. suami akan menjalani pembedahan pada 10 Syawal tahun ini kerana masalah tonsilnya yang membengkak atau pembedahan yang lebih dikenali sebagai tonsilectomy.  Masalah yang dah lama beliau alami tapi baru setahun lebih dia dapatkan rawatan di hospital bila MaDiHaA paksa dulu.  Bukan apa.. risau kerana masalah tonsil tu dia juga dikategorikan sebagai pesakit Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang agak berisiko kerana boleh membawa maut ketika tidur apabila salur pernafasan tertutup oleh tonsil yang relex/berkeadaan lembek ketika tidor.  Begitu juga ia agak merbahaya ketika pesakit memandu sebab ia boleh terlelap secara tiba2. (sebab tu kerap MaDiHaA jadi co driver tiap kali balik kampong)  Memang betul ajal maut di tangan tuhan.. namun.. tak salah kita berusaha untuk mengelak kejadian buruk dari berlaku betul tak?  Suami admit hospital pada 5hb Ogos dan sepatutnya jalani pembedahan pada 6hb Ogos.. namun kita hanya mampu merancang.. Allah jua yang menentukan.  Oleh kerana pada hari tersebut katil di ICU sudah penuh.. doktor terpaksa batalkan pembedahan kerana tidak mahu mengambil risiko maka pembedahan tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain pula.  Kasihan suami yang sudah berpuasa sehingga ke pukul 1 tengahari baru diberitahu pembedahan tak dapat diteruskan.  

Selain syarat utama wajib ada katil di ICU standby untuk suami.. kami juga diarahkan untuk membeli sebuah CPAP Machine sebelum pembedahan tersebut dapat dijalankan.  Mesin ini wajib ada jika tidak doktor tidak dapat buat pembedahan. Pesakit OSA agak berisiko sekiranya menjalani tonsilectomy tidak seperti pesakit tonsil biasa. Alhamdulillah kami bersyukur kerana layak mendapat bantuan dari Zakat Selangor untuk membeli mesin tersebut yang harganya sangat mahal yang memang tak mampu kami nak adakan dalam masa yang singkat.  Mana mungkin dapat nak adakan RM7800.00 dalam masa beberapa bulan.. terima kasih ya Allah kerana mendengar doa & rintihan kami.  Sebelum dapat bantuan tersebut kami sangat runsing kat manalah nak dapatkan duit begitu banyak.  Syukurlah dipermudahkan urusan kami.. sehingga ke hari ini.. suami masih menunggu panggilan dari pihak hospital untuk tarikh pembedahannya yang tertunda..

Nampaknya tahun 2014 ada sedikit sinar buat kami untuk bergembira di hari raya.  Cuma suami je waktu tu yang agak risau sebab pembedahan belum dibuat.. hehe.. Bagi MaDiHaA pula.. risau tu tetap ada, siapalah tak sayang suami kan.. tapi sudah merasa lega sedikit sebab banyak perkara dapat kami selesaikan sebelum pembedahan dibuat terutama bila CPAP machine yang mahal tu dah berada dalam tangan suami.  Yang penting sekarang.. hanya perlu pastikan suami berada dalam keadaan sihat.. tidak batuk, tidak demam supaya dapat menjalani pembedakan yang akan dihadapinya bila2 masa dari sekarang.  


Aidilfitri 2014 kali ini giliran beraya di kampong MaDiHaA.  Dapatlah berpuasa dengan ma tersayang selama 2 hari sebelum raya. Yang seronok tu sebab boleh request ma masak menu yang dok teringin sangat. Menantu (suamiku) pun sama juga siap minta ma buatkan nasi kerabu... jenuh satu kampong mencari ulam2an.  Sebabkan ada beberapa hari MaDiHaA di kampong sebelum raya.. sempat juga MaDiHaA buat 3 jenis kek iaitu kek buah kukus, kek gula hangus & kek coklat moist.  Sempat juga tolong ma bungkuskan tapai pulut.  

Menu berbuka kami di Ramadan terakhir....
Hari raya pula seronok juga sebab dapat makan masakan ma. Bukan bermakna masakan mertua tu tak sedap.. cuma.. menu yang berbeza tu yang buat kita boleh rindukan air tangan mak di pagi raya jika tak dapat beraya bersama.  Tahun ni kami pilih menu yang berbeza sedikit dari tahun2 sebelumnya iaitu menu nasi dagang Terengganu.  Biasanya menu wajib kami mesti ada lontong berkari, ayam masak merah & juga rendang yang dimakan dengan ketupat nasi & lemang.  Tapi tahun ni tukar ke menu nasi dagang pula.  Sayang tak sempat nak ambil gambar semua menu2 raya disebabkan terlampau sibuk.  Tapi.. menu lontong berkari kami masak juga malam raya tu untuk berbuka puasa sebab banyak sangat permintaan (dari cucu, dari anak).. hahaha.. menu lontong berkari kami hidang waktu berbuka puasa terakhir.. jadi hilanglah rindu kami sebab dapat juga makan lontong berkari sebab menu pagi raya kami ialah nasi dagang.  Lontong berkari ni tak sama dengan lodeh kuah putih atau kuah kuning tu tau... apa yang penting.. inilah menu yang menjadi kegemaran kami sejak dulu.. itu sebabnya boleh rindu bayang bila giliran kami beraya di Raub sebab tak dpt makan lontong berkari tu. Masak sendiri tak sama dengan air tangan mak.  Selain itu ma ada juga menempah beberapa batang lemang utk juadah hari raya. Tapi malam berbuka terakhir tu kami semua dah pun rasmikan lemang tu cicah dengan rendang daging.. haha..

Antara tetamu yang sempat diambil gambar... kawan lama ma berbangsa Cina & asli ni. Mereka memang tiap2 tahun datang beraya rumah kami... bila tiba Tahun Baru Cina.. kami pula berkunjung ke rumah mereka.. hehe..

Kawan sekelas semasa sekolah menengah dapat dengan suami & anak2..


Seronok sangat raya tahun ni sebab tetamu tak putus2 datang berkunjung. Kawan sekolah yang lama tak bertemu pun datang juga.  Kawan2 ma pun ramai yg datang. Sampaikan kami nak bergambar pun tak berapa sempat.. inikan pulak nak snap gambar makanan.. memang tak dan dibuatnya.. hehe..   

Hari raya ke tiga barulah kami sempat ziarah kubur arwah ayahanda tersayang.  Sempatlah kami sama2 membaca yaasin & tahlil buat arwah yang diketuai oleh suamiku.

Marbahan beramai2


Yang buat MaDiHaA paling seronok bila kami semua dapat berkumpul buat mini re-union di rumah seorang kawan pada hari raya ke tiga.  Seronok tak terkata. Pertemuan semula kami selepas 25 tahun.. memang tak cukup nak bersembang 1 hari.. macam2 nak diperkatakan.. hehe.. 
Posing beramai2 dan inilah antara yang dapat hadir... X-SMKK 84 - 88.  

Tak habis di situ.. hari raya ke 4 pula kami ambil peluang untuk beraya ke rumah kawan2 ku & kawan2 suami.  Yang paling tak dapat kami lupakan.. kat rumah kawan MaDiHaA ada bela macam2 pets.. antara yang menarik perhatian kami ialah 2 ekor ular jenis ball phyton yang sangat jinak & manja... hehehe... jom tengok kitorang main2 dengan ular!


First time pegang ular macam ni... sebelum ni hanya sentuh dengan jari je... hehehe..


En. Rozi yang dulu penggeli dengan ular cuba berani2kan diri pegang ular.. alhamdulillah... dah berani pun.. hehehe...
 
Tak lepaskan peluang.. anak sulung MaDiHaA dan adiknya pun ambik peluang juga nak pegang ular.. cuma adiknya Alin je penggeli sangat.. langsung takmau cuba.. hehe..


Begitulah cerita raya kami... setiap tahun ada saja dugaan mendatang setiap kali nak sambut raya.  Nampaknya tahun 2014 ini ada sedikit cahaya kegembiraan buat kami walaupun masih ada yang belum selesai.. namun.. doakanlah segalanya berjalan dengan lancar... mudah2an tahun hadapan tiada lagi dugaan besar buat kami..  amin.. 

Sekian dulu untuk kali ni... terima kasih pada yang sudi luangkan masa di sini ye.. 

5 comments:

Fazleyatul Aini said...

salam kak madiha
lama tak datang sini. hihi
pelbagai benda kita hadapi dalam hidup kan kak. cuma kita je kuat ke tak nak hadapi.semoga Allah beri permudahkan jalan hidup kita, Insya Allah

Amie said...

Saya setuju kata Madiha tu... kita orang perempuan kalau diduga in shaa Allah dapat menempuhinya... Moga sinar bahagia terus berada di sisimu seisi keluarga.

Asmin Fahmi said...

Cantik gambar-gambar ni. Salam perkenalan...

Ct NoArizah Aris said...

Salam madhiha...semoga raya thn depan Lebih ceria lg Dari tahun ini... Ngeri sy tgk org bela ular ni w/ pun Kecik seriau tu tetap gak ada.

Ita Rossi said...

Salam madihah.

Orang perempuan kekuatannya dapat dilihat bila dia sedang diuji oleh Allah. Dugaan dan ujian yang berbeza tapi semangatnya tetap sama!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...