Friday, September 19, 2014

Sotong Belacan

Assalamualakum & salam Jumaat semua...


Kalau en. suami beli sotong selalu otak tepu tak tau nak masak apa.  Yang selalu dok teringat mesti buat sambal tumis je.  Kalau asyik dengan menu yang sama pun bosan jugak kan.  Kali ni datang idea nak masak lain dari yang lain. Sedap tak sedap belakang kira.. hihi... Kira bolehlah... yang penting pedas2 tu baru selera...


Sotong Belacan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
600 gm sotong ~ cuci bersih sekor2 (MaDiHaA suka siat kulit ari sotong tu..)
5 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
minyak secukupnya
 
Bahan ditumbuk halus
15 ~ 20 biji cili padi
1 inci belacan

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan hiris & bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan sotong & asam gelugur kacau rata.
3. Masukkan garam & gula secukup rasa.  Jika suka berkuah boleh tambah sedikit air.  Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...