Ini menu yang MaDiHaA dok gilir2 masak selain bubur nasi semasa en. suami MC lepas operation tonsil aritu. Hanya yang lembut2 gini je yang dia boleh makan. Itupun khas untuk en. suami MaDiHaA kisar halus semangkuk sup ini untuk dia & sejukkan dahulu barulah en. suami boleh santap.. itupun hanya dengan roti putih tanpa bakar sebab dia hanya boleh makan yang lembut2 sahaja. Kesian sangat dia masa tu... tersilap makan sayur dalam bubur yang kasar sikit pun tekaknya boleh berdarah. Sensitif betul kesan luka di tekak tu kan. Selepas hampir 3 minggu barulah dia boleh makan makanan biasa. Alhamdulillah... sekarang kesihatannya sudah bertambah baik. Tidur malamnya juga sudah tiada gangguan pernafasan, dengkuran pun dah berkurang atau boleh dikatakan tiada lagi. Memandu pun dah tak mengantuk macam dulu2. Syukur sangat2.
Ok jom kita tengok resepi untuk hari ni. Resepi ni MaDiHaA adaptasi sahaja dari resepi Creamy Chicken Soup yang pernah MaDiHaA buat dahulu iaitu resepi dari en. Mohammad Roslan yang dikongsi oleh Tun Telani. Terima kasih buat kedua2nya ye. Cuma kali ini MaDiHaA tambahkan dengan cendawan butang dalam tin tu sebab anak2 sukakan cendawan tu. Selamat mencuba ye.
Creamy Chicken & Mushroom Soup Adapted from Creamy Chicken Soup: Mohammad Roslan Sumber: Tun Telani
Bahan2:
50 g butter/margerine
1 bj bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- tumbuk
1/2 cawan tepung gandum
1/2 bahagian isi dada ayam (dari seekor ayam) ~ hiris nipis
1/2 tin cendawan butang dlm tin - hiris nipis
2 kiub ayam
1 liter air
1/2 tin susu sejat
1 sk dried oregano
garam
Cara2: 1. Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
2. masukkan bawang putih dan tumis lagi.
3. masukkan isi ayam & cendawan dan kacau rata biarkan hingga ayam masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
4. kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
5. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
6. masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
7. perasakan garam dan masukkan oregano.
8. siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.
Selamat mencuba!
6 comments:
tgk cara mcm senang je kak... tp dana tak penah bt sndiri kui2...
Assalam...nak try wat la..
sebab nak wat roti garlic roll
bole set 4 dinner..
ermmm..tengok gambar pun dah nmpk sedap..
@ JEMPUT SERTAI "GIVEAWAY: RINIE BORHAN"
Waaaa...sedapnye...
I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful
hari tu anak kena demam teruk tonsil bengkak dan ulser, lupa pulak nak buat sup ni.
Post a Comment