Monday, August 9, 2010

Chiffon Pisang



Salam buat semua...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa kepada semua kawan2.. kalau nampak anak bulan insyaAllah hari Rabu ni sama2lah kita berpuasa yer...

Oklah.. kali ni sekadar masukkan resepi yg dah lama dicuba ni.. sememangnya tip top.. sedappp sangat2... u all di luar sana terutama penggemar pisang yang belum pernah mencuba chiffon pisang ni memang patut mencuba.. tak rugi tau!! Sedap!!

Sumber : Yullina (Thanks Ina)

Bahan A
7 biji putih telur (MaDiHa guna gred A)
3 oz gula halus (MaDiHaA blend sendiri jer gula pasir tu.. tak ayak pun)
1 sudu teh cream of tartar (boleh ganti dgn 1 s/k jus lemon)

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (MaDiHa bubuh ½ sudu kecil je)
2 sudu besar serbuk santan (MaDiHa ganti dengan susu tepung)
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (MaDiHa guna 3 ½ biji pisang putar/ pisang masam sbb saiznya sedang2 je)

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

CARA MADIHA
1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah).
3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat.
4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah saja).
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong.


MaDiHaA gunakan loyang yg agak besar.. so kek nampak rendah sikit.

Selamat mencuba!

5 comments:

izahdaut said...

7 biji telur ye? mesti tinggi kek ni kan..pisang ada tu..er..nak buatnye je tak datang seru lagi..hihi

MaDiHaA said...

Izahdaut: kek ni mmg dpt byk.. tp loyang akak tu besar sikit tu nampak tak berapa tinggi sgt.. tp memang puas ler mknnya.. sedap..!! cubalah izah.. awakkan rajin mencuba.. hehe..

Ayu said...

Salam Ramadhan buat Madiha sekeluarga ya..
bulan puasa, kena perah otak lagi kuat..sebab nak fikirkan menu2 berbuka dan bersahur..hehe

Ruziawati Bukhari said...

salam kak..

sedapnya!! akak masaklah apa menu pun.. insya allah menjadi dan sedap semestinya..

kak.. selamat berpuasa.. kirim salam kat family ye?

fuzidss said...

Salam Madihah.Moga Ramadhan tahun ini mencipta sejarah hidup kita kearah kecermerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat..InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...