Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, August 12, 2010

Kuih Lipat / Kuih Tangkup


Salam semua..

Sebenarnya tuan punya resepi bagi nama kuih tangkup.. tapi aku dah pepandai edit kepada nama kuih lipat kat gambar tu.. hehe.. takpelah ye Mariam sebabnya menurut Mariam dia pun tak tau apa nama sebenar kuih ni.. dia main taruk jekk.. yang akak pulak dah lupa nama yang Mariam taruk tu tp dlm kepala ni dok ingat kat nama kuih lipat.. hehehe... belasah jelah ye... apa2pun.. tq ye Mariam sebab berkongsi resepi kuih2 lama ni.. & mintak maaf di atas perubahan pd nama kuih tu... Kalau tak silap.. dlm FP Kak Rus ada gak kuih yg serupa ini dan dinamakan dengan apam perlis... Jom tengok resepinya.. tapi ada ubah suai sikit kat resepi ikut cara Wila.. harap Mariam tak kecik ati yekk..

Sebenarnya kuih ni bukan buat utk berbuka puasa semalam.. tp kuih ni dah lama dah pun buatnya.. tu yg masa edit nama tu dah tersilap tu.. hehe..


Sumber : mariam FP

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.



Selamat berpuasa...

10 comments:

JaSSNaNi said...

salam kak.. selamat berpuasa.. :)

sedap nampak kuih lipat ni... cara membuat operasi sepadunya pun mudah.. kannnn.. haaa
camni leh cuba.. sbb kita ni ibu bekerja.. nak wat kuih2 tuk berbuka ni makan masa gak.. so kena cari kuih yang mutu keunggulan di sukai ramai.. tapi mudah di sediakan.. kannnn.. heheheh...

kak... cuba masuk tengok sana.. boleh ke blom? and try komen skali ye.. sbb ade yg komen kata tak dapat komen kat sana.. :( haaa tu la.. gi renovate memandai..

Tyha said...

Bestnya...Kak Long dah ada blog! Boleh singgah selalu...adoi sedap2nya makanan lam blog dia...;)Selamat Berpuasa Kak Long...;)

Ana_ummu said...

ishk, nmpk sedap n mudah..i-Allah ptg ni cuba buat tuk buka posa;-)
Thnks Madiha!

leeza said...

Salam. Masa kat kg saya suka makan kuih ni, intinya warna merah / kuning.
Saya pernah cuba buat tapi tak jdi. InsyaAllah ada masa nak cuba yg ni pulak. tq sharing the resepi.

nieza said...

salam kak...saya dah try buat dah kuih ni sedap dan simple....tg for sharing..:)

Aainaa said...

akak madihaa.... kuih ni sama la mcm yg dlm entri aina tu..kuih seri bulan..nama je lain..hehehe... yg ni inti dalam kastard..tapi yg aina rasa mcm inti kaya..hehehhe..(tp xconfirm plak kaya ke kastard..hahahha..maklum la, aina ni budak baru blajar masak..hehehehe)

Anonymous said...

assalam madihaa akak mohon kongsi resepi ya....tqsm ;-))

JUJUE AHMAD said...

salam..akak nak tanya apa silap jue ek, coz semalam jue try buat ikut resepi akak tp kulit xmenjadi la. jadi spt kuih ketayap bukan kuih tangkup yg gebu. inti pulak seakan kaya tp klo beli kt luar kuat rasa tepung kastad. boleh komen.. tkasih..

Anonymous said...

sedappppp..............

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam Jujue..
kalau ikutkan resepi asal yang akak ambil dari Mariam memang kulitnya mcm kulit kuih dadar sebab resepi asalnya tu takde letak sebarang bahan penaik spt baking powder & soda bikarbonat.
resepi yang ini telah akak perbaiki dengan menambah baking powder & soda bikarbonat supaya adunan naik sikit untuk dapatkan kulit yang lebih anjal. pada pendapat akak.. ada kemungkinan bahan penaik yang Jujue gunakan kurang aktif jadi hasil batternya tak naik & jadi mcm kulit kuih dadar.. wallahualam..

bab inti pula.. boleh ikut citarasa sendiri nak buat apa2 inti kegemaran.. bagi akak inti yang dikongsikan kat sini sangat menepati citarasa akak.. yelah lain orang lain citarasanya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...