Wednesday, August 25, 2010

Sup Ekor


Teringin nak hirup kuah sup panas2 waktu berbuka.... so hari cuti buatlah sup ekor nih.. kalau hari bekerja memang tak sempat la nak merebus tu bukan main lama lagi.. kalau ada pressure cooker alangkah senangnya kerja... hehe.. Sup ni sedap di makan bersama nasi putih atau roti putih... mmg layan...

Bahan2
1 kg ekor lembu
2 batang celery ~ potong ikut suka
2 biji kentang (jika suka) ~ potong ikut suka
1 biji carrot (jika suka) ~ potong ikut suka
1 rempah sup bunjut
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk lumat
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk) ~ bancuh dengan sikit air jadikan pes
air utk merebus secukupnya hingga ekor lembut
garam, perasa
1/2 biji jus limau nipis
daun sup utk hiasan (terlupa beli)
Minyak untuk menumis


Bahan Tumisan
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil ketumbar biji (optional)
4 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
2 labu bawang besar ~ dikisar halus
6 ulas bawang putih ~ dikisar halus
2 inci halia ~ dikisar halus
2 batang serai ~ dititik

Cara menyediakan
1. Ekor lembu dibersihkan & rebus sehingga lembut lebih kurang hampir 3 jam (jika guna pressure cooker lebih cepat lembutnya). Setengah jam terakhir masa merebus.. campakkan rempah sup bunjut dan campurkan pes rempah sup ke dalam periuk rebusan dan teruskan merebus sampai ekor lembut.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lalu tumiskan rempah kasar hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar serta serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Tuangkan bahan2 tumisan tadi ke dalam periuk rebusan ekor dan teruskan merenih. Masukkan kentang dan biarkan setengah masak. Masukkan pula carrot & celery. Perisakan dengan garam, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Bila kentang & carrot lembut.. perahkan air limau nipis & pastikan sup secukup rasa. Akhir sekali semasa menghidang.. taburkan dengan hirisan daun sup.

1 comment:

Unknown said...

akak belum pernah masak sup ekor, makan selalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...