Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, December 27, 2011

Creamy Chicken Soup.... yang diganding dengan G.R...

Assalamualaikum...

Ahaaa... inilah dia Creamy Chicken Soup yang digandingkan dengan Garlic Rolls dalam entry pagi tadi! Gandingan yang sangat mantap! Thanks pada Tun Telani dengan perkongsian resepi ini yer. Thanks juga pada owner of the recipe... but rasanya resepi ni Tun ada ubah sikit sana sini... I just follow apa yang Tun tulis.. & hasilnya memang bestlah! Anak2 & husband semua puji & order lagi... hehe...

Minta izin ye Tun letak resepi kat sini... TQ dear!

Creamy Chicken Soup
Adapted from: Mohammad Roslan
Sumber: Tun Telani


Bahan2:

    * 50 g butter/margerine
    * 1 bj bawang besar- dadu
    * 2 ulas bawang putih- tumbuk
    * 1/2 cawan tepung gandum
    * 1 keping dada ayam- hiris nipis
    * 2 kiub ayam
    * 1 liter air
    * 1/2 tin susu sejat
    * 1 sk dried oregano
    * garam


Cara2:

    * Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
    * masukkan bawang putih dan tumis lagi.
    * masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kiub ayam. masak sampai kiub ayam larut.
    * kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
    * masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
    * masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih.
    * perasakan garam dan masukkan oregano.
    * siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread.


Selamat mencuba!

8 comments:

Lya Colours said...

hui sedapnya. selalu beli instant je. huhu

Qhaifa Nur said...

memang best kalau buat sendiri...
sedapnya...

::Azura Rahman:: said...

sedapnyer kak..

Nieza said...

waduh kak sedapnya kalau dpt hirup sup time sejuk kat sini...nk buat dr hari tu tak terbuat juga..nanti nk kena try jugalah ni:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Madihaa yum..yummmm la

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
belum pernah buat Creamy Chicken Soup gini....nampak sedap cicah dg garlic roll. garlic roll tupun nampak lembut....molek jadinya.bilalah nak meroti...geram nengok kwn2 ngadun roti...
re; bestnya kakak Alin gi zoo melaka...mcm2 binatang ada.alahai rugi tak dpt jumpa, kalau Syakirah di Melaka bolehlah jumpa kakak Alin...dr rumah ke zoo cuma 10 min driving

JaSSNaNi said...

selamat pagi kak..
sedapppnya sarapan camni.. senang je nak hadam kan.. :) ye lah... lembut2 belaka.. sup creamy ni feveret nani ni.. mak nani pun suka sangat...

Anna Qawina said...

kak..nak sup..huhu..bila nak rajin buat ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...