Wednesday, December 14, 2011

Kerabu Sotong, Suhun & Kacang Botor - Wordless Wednesday...

Assalamualaikum...

Lauk dinner sebelum bercuti balik kampong... 



Kerabu Sotong, Suhun & Kacang Botor
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Kak Nor Secubit Garam
TQ to both of you!

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis (tambah lagi)
1 s/b sos ikan (tambah lagi)
1 s/k gula (tambah juga)
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] ganti dengan kacang botor
3 tangkai cili merah
1 biji tomato ~ buang biji & hiris memanjang yang ni ku tambah
1 batang serai ~ hiris nipis yang ni pun ku tambah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.



Selamat mencuba!

12 comments:

Nieza said...

sedapnya kerabu....likex3..nanti nk cuba lah:)

Yana Shaiful said...

Sedapnya klu dpt semangkuk nii..lepas tu gatal mata..gatal hidung tp tetap jgk nk mkn..suka kerabu :=)

MULAN said...

hhmm.. sungguh tak tahan tengok kerabu ni..

konde said...

duh sedapnya tuh sotong.....

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

KakAsma said...

MHI tengahari tadi un tunjuk kerabu kacang botor nie.ada mcm mcm dalam kerabunie.ratah gitu ajer dah sedapkan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Madiha.Kak Ros makan pizza je malam ni.Tenguk kerabu ni buat kak ros lapar nasi le....

liza said...

salam madiha...Liza suka mkn jenis2 kerabu cmni, tp xtau la nape malas sgt nk buatnya....hiihhihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam madihaa..xpernah masak kerabu camni tp pernah mkn kat kedai..sedap.

Yatie said...

Assalamualaikum K.Madihah,
sedapnya tngk kerabu sotong ni..buat ratah2 je mmng best...pau kat bawah tu pun menarik lerrrr..bilalah yatie nak rajin membuatnya..cun betullah..

Lya Colours said...

ish sedap. favorite kerabu2 ni

norhidana said...

wahaaaa terliur ni tgk pagi2 kak

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
sedapnya kerabu sotong.....mmg kegemaran sokmo.kacang botor tu yg paling suka,buat ulampun sedap.pau ros kat bawahpun cantik.....suka tengok...bilalah nak cuba....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...