Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, December 21, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread

Assalamualaikum..


Tiba2 jer rajin meroti sekarang ni.  Belum pun kebah demam garlic rolls (yang dah 2 kali buat & ada permintaan lagi tu..).. sekarang ni demam Cinnamon Pull Apart Bread pulak.. Ramai yang dah mencuba roti yang sedap & wangi ni bila ia disebarkan oleh Shidah & Kak Nor. Bila nampak Tun Telani buat & tunjukan step by step... terus rasa tak sabar nak buat.. actually resepi memang dah print siap2 & masuk list.  Menunggu masa jer.. hehe.. Tapi tulah.... anak2 agak kurang gemar pulak  dengan roti ni berbanding dengan Garlic Rolls tu.. Makan jugalah.. tapi kurang laju.. Ibu dia jer yg suka dengan cinnamon ni... Takperlah.. boleh ibu dia pulun lebih sikit! haha.. Tengah sedap2 bersarapan dengan CPAB kat opis aritu.. tiba2 nampak Izah tayang roti dia pulak... hehehe.. Pastu virus ni terbang pulak ke Finland.. sapa lagi kalau bukan si Nieza yang rajin mencuba macam2 resepi tu.. memang cepat betul merebak virus bawaan Kak Nor ni kan... Tapi takper virus yang baik2 ni memang elok merebak ke sana sini biar semua orang tau kesedapannya...

Oklah.. aku macam biasalah.. walaupun dah buat lama.. sokmo terhegeh2 nak update... Terima kasih ye Kak Nor & Shidah untuk resepi ni... TQ jugak pada Tun Telani sebab tunjukkan gambar step by step... Pada kengkawan yang terlibat mintak izin letakkan resepi CPAB kat sini pulak yer... Terima kasih semua!





CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah, K.Nor & Tun Telani

For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung (MaDiHaA tambah lagi 2 sudu besar)
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar (MaDiHaA guna 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) (MaDiHaA guna 1 1/2 sudu kecil je)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
Note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu doh naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

Doh yang telah naik ditumbuk2 untuk membuang angin. Kemudian dicanai (MaDiHaA bahagikan kepada 2). Sapukan dengan butter cair. Tabur gula campuran tadi. Kerat kepada 6 bahagian.

Susunkan ke enam2 kepingan tadi berlapis2. Potong lagi kepada 6 bahagian.

Susun di dalam acuan yang telah disapu butter seperti dalam gambar. Tunggu lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

*boleh juga rujuk kaedah membentuk roti di link Joy OF Baker atau Shidah


Bila doh dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan. Bakar selama 30 - 35 minit suhu 175C sehingga atasnya kelihatan perang keemasan. Boleh tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil jika taknak nampak hangus sangat bahagian atasnya kira2 selepas 20 minit di bakar.

Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.


Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.


Selamat mencuba!

11 comments:

chikadakbiru said...

salam kak madiha...

sedap kan roti nih..tak jemu makan....kat umah pun dah ade permintaan suruh buat lagi...

Anonymous said...

salam madiha, saya buat roti bila sejuk tak lembut lagi, macam mana nak bagi lembut macam roti ynag beli di kedai tu. masa uli pakai BM berapa lama, kena uli sampai tarik tepung tak putus ke/elastik?

zany

tun_telani said...

kak madihaa!! kt umah tun dua2 roti pun laku.. berdesupp dh habis. garlic roll dh buat dua kali. wiken ni akak tun balik akan buat garlic roll kali ke 3 dan CPAB ni sekali lagi. hehe.. mmg harum semerbak bau dlm umah.. best2!

Amie said...

memang sekarang ni tengah demam CPAB...kenyang makan di sana sini.

Sizuka said...

k.madihaa,

sedap kan roti ni. kalah beluda.. hehe

Nieza said...

wahhh dah sampai ke dapur akak dah roti CPAB ni...memang sedap kan.:)

Juwita Jamaludin said...

Salam kak.. Ita pun dah buat kak tapi ita buat x potong byk bahagian gebu je roti ita.. Wakaka.. Takpela yg penting masuk mulut ye tak hihihi.. Cantik roti akak

cik cek said...

Waaaa....sume org pun dah pakat buar roti kayu manis ni...akak je lum sampai giliran lagi...tumpang...tengok2..jeling2 ...pandang2lah dulu....kalau tuan rumah bagi rasa pun best gak ni...ada lagi ke Ratna...he he

Sugar 'n' Spice said...

Salam Kak....sedap kn roti ni..cam nk wat lagi, lagi dan lagi jerrrr....hihihih

JaSSNaNi said...

selamat malam kak..
tadi baru lepas jalan2 umah sapa tak ingat. dia wat cinnamon ni gak.. nampak sedap.. nani mmg suka berperasa cinnamon ni, sedap je baunya..
akak.. akak ade BM ke? rajin dok nguli ni, nani pernah nguli pakai tangan, nak wat dough roti, based je pun, tapi tak jadi la kak.. tak tau la, bulat2 ikut resepi,, dia kata uli 20 minit, nani pun uli 20 minit, lepas bape lama simpan, amik, picit2 dan uli lagi.. nani pun wat.. tapi time bakor, tak brapa naik la pulak.. hahaahahah

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANONYMOUS: Salam Zany.. kalau guna BM biasanya kita setkan jer menu 'dough'. kalau BM saya guna no. 8. Roti yang takde topping macam bun tu sebaiknya sejurus dikeluarkan dari oven.. terus beruskan dengan butter atau marjerin. Tunggu hingga hilang panasnya terus simpan dalam bekas bertutup ataupun masukkan dalam plastik & bungkus elok2. Biasanya roti yang terdedah akan mengakibatkan roti jadi keras sikit. seperti roti2 di kedai bakeri yang dijual.. semuanya diletakkan dlm plastik secara individual kan.. itulah rahsianya. Boleh juga campurkan bread improver & bread softener semasa menguli untuk menambah kelembutan pada roti. itu sajalah yang boleh sy kongsikan sebab saya pun bukanlah arif sangat pasal roti ni.. sekaar ikut pengalaman je.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...