Friday, December 9, 2011

Pau Ros Keledek Ungu

Assalamualaikum...

Selamat petang buat semua pengunjung setia Dari Dapur MaDiHaA baik yang dekat maupun yang jauh... syukur alhamdulillah kerana masih dipertemukan dengan hari Jumaat yang penuh barakah ini... Syukur masih dapat menghirup udara segar & masih dapat menatap wajah insan2 tersayang di sekeliling kita. Untuk Jumaat yang akan datang pula ianya masih lagi kabur... sesungguhnya hanya DIA yang maha mengetahui setiap sesuatu yang bakal terjadi... Jika sudah tersurat umur kita setakat itu... maka bererti sudah tibalah masanya kita untuk pergi meninggalkan orang2 tersayang tanpa terlewat walau sesaat pun.. Namun.. janganlah kita gundah gulana & bimbangkan apa yang bakal berlaku esok hari.. kerana itu semua urusan Allah S.W.T juga... yang mampu  kita lakukan ialah jangan putus2 berdoa kepadaNYA semoga dipanjangkan umur & dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadah kepadaNYA  dengan tenang sebagai bekal di akhirat kelak... mudah2an doa2 kita semua dimakbulkanNYA... amin...amin ya robbal alamin...


Okeylah.. kita teruskan untuk perkongsian resepi untuk hari ini pula yer.  Rasa2nya.. inilah dia gambar & resepi yang paling lamaaaa sekali berada dalam folder. Bukan kerana aku tak suka.. bukan kerana aku malu nak tayang kejadian kuih yang tak berapa cun tu.. hehe.. tapi semuanya sebab aku tak punya cukup masa untuk membuat entry yang pada hemat aku tentu akan mengambil masa yang agak panjang.. Maklum sajalah masa ku  di ofis agak terbatas & tak boleh nak luangkan masa begitu lama semata2 untuk mengadap blog saja kerana ada tugas wajib yang harus aku lunaskan... hehe.. Sebab itulah gambar2 ni terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk di publishkan..

Hari ini aku gagahkan diri untuk siapkan entry yang tertunda2 begitu lama ini.. Tanpa membuat masa.. jomlah kita lihat resepinya yer.  Untuk pengetahuan.. resepi asalnya adalah dari  Wendy di mana beliau menghasilkan mantou iaitu sejenis bun yang perlu dikukus.  Mantou ni seakan2 pau juga cuma bezanya ia tidak berinti kerana teksturnya telah sedia dimaniskan sedikit.  Istimewanya mantou yang dihasilkan kali ini dibentukan seperti bunga ros! Sangat cantik! Idea yang sangat kreatif..! Memang layak pun Wendy terpilih sebagai juara Blogger Masterchef baru2 ni kerana Wendy sememangnya punya banyak idea dalam masakan. Tahniah Wendy atas kemenangan tersebut!

Ok untuk resepi kali ini aku mengikut cara Azlita Masam Manis yang telah menambah inti pada setiap doh & makanya namanya telah ditukar dari Mantou kepada Pau.  Harap Wendy tidak kecil hati ye dengan sedikit pengubah suaian ini ye.  Apa2pun.. masih mengekalkan idea asal dari Wendy dengan membentuk kuih ini menjadi sekuntum bunga ros yang sangat cantik.. Itulah sebenarnya antara daya penarik aku untuk mencuba resepi ini... Hmm.. & rasanya.. dah ramai juga kawan2 & blogger2 yang dah mencuba resepi ni.. semuanya cantik2 belaka.. tahniah buat kalian semua!

Untuk resepi asal dari Wendy adalah seperti dibawah ye.. TQ Wendy for sharing this nice recipe & the creative idea of making beautiful roses. I'm so excited!

PURPLE SWEET POTATO ROSE MANTOU
By : Wendyywy

250gm steamed purple sweet potato
200gm water
500gm pau flour
1 tsp baking powder
100gm sugar
50gm shortening/Crisco
1/4 tsp salt
11gm instant yeast

1. Mash sweet potato, or blitz sweet potato with almost all the water to get a fine paste. Purple varieties tend to be firmer than orange ones.
2. With balance of water, mix with yeast.
3. Combine everything except shortening and mix to form a dough.
4. Put in shortening and knead until dough is smooth. Add slightly more flour is dough is way too sticky to handle. If the dough is sticky but can retain its form, like not slacking down, just continue to knead, the gluten just hasn’t form, there’s no need to add extra flour.
5. Cover and let dough proof until double, about 1 hour.
6. Punch down dough and knead for 1-2 minutes.
7. Divide dough into 50gm portions and form as you wish. For rose bud formation method, please read instructions below.
8. Cover and let the formed dough proof until doubled for another 45 minutes.
9. Steam on high heat for 12 minutes.



Di bawah ini pula resepi yang telah dialih bahasa oleh Azlita Masam Manis. Mungkin ia lebih memudahkan para ibu yang kurang fasih dengan bahasa inggeris. Harap Ita izinkan akak copy & paste resepi yang telah Ita alih bahasakan ni ye.. Terima kasih!

Pau Ros Keledek Ungu
Resepi : Wendy 

Bahan2
250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau (MaDiHaA guna tepong gandum je)
1 t/s baking powder
100 gm gula (MaDiHaA kurangkan kerana nak letak inti kelapa)
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Bahan tambahan
Inti kelapa warna pink. (menggunakan kelapa parut putih, gula putih, pewarna pink, daun pandan & sedikit air ~ dimasak hingga agak kering)

Cara2 menyediakan
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
Ita masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut. MaDiHaA pun sama gunakan BM.
Kalau guna tangan. Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis) 
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.  Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.  Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.


Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step di bawah.

Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm

Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih seperti gambar di bawah.  
Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Ita letak inti kacang merah.
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli. (MaDiHaA guna inti kelapa yang diwarnakan pink & kepal2 sedikit sebelum diletakkan di atas doh yang dicanai tadi)
Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah, sila lihat gambar.


Gulungkan doh.
Untuk mengelakkan inti dari terkeluar ita gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulan doh. MaDiHaA pula.. sengaja biarkan gulungan terbuka begitu saja supaya inti kelapa warna pink dapat dilihat dari atas.. hehe..
Kemudian gulung doh hingga hujung.

Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick seperti yang di sarankan Wendy. Ita potong  menggunakan pemotong doh. (MaDiHaA pula potong menggunakan chopstick sebagaimana sarapan Wendy dengan mengerat doh seperti gergaji ke depan & ke belakang & hasilnya potongan menjadikan bentuk bulat di dasar kuntuman ros & tak perlu lagi dikemas2kan dasar kuntuman ros tadi.. terus saja letak di atas kertas.)


Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros. Step yang ni MaDiHaA tak perlu lagi kemaskan sebab bahagian dasarnya dah cantik bentuk bulat... cuma perlu baiki sikit2 je.
Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.


Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Kukus pau selama 10-12 minit. MaDiHaA balut penutup kukusan dengan kain supaya wap tak jatuh di atas pau.


Selamat berhujung minggu yang panjang untuk warga Selangor & Selamat mencuba!

24 comments:

Jai said...

Salam madihaa...

Cntiknya... thniah... ntah bila la akk nk cuba...

norhidana said...

alamak lawonyer kak... nk mkn pun syg

Ummi said...

Assalam Ratna cayang...waaaaah sangat cantiiiikk, lawoooorrrr....akak duk terpkir2 je nak buat, sbb igt mst leceh sikit kan...kena 2 hari 2 mlm dulu study..hahahhahahha... Apapun tahniah berjaya jgk buat... :))

Sugar 'n' Spice said...

cantiknya pau ni...cam bunga hiasan...syg nk mkn.... bak 4-5 ketui sini.....

kzai said...

madiha..amboi cantik nya pau kembang mekar setaman..rajin madiha menggelek..akak ni teringin..tp angin M byk sngt..kdg2 semua nk buat..tp diluar kemampuan...

AZLITA AZIZ said...

Salam Madiha..

Cantik ros tu bila diletak inti kelapa warna pink
nampak macam bunga ros sebab warna kelapa tu menarik perhatian..

kelapa tu madiha letak pewarna je ke atau buat inti macam kuih ketayap tu.. menarik pulak ita tengok!

btw tahniah kerana dah berjaya hasilkan pau ros tu..
memang wendy berbakat dan selayaknya dia menjadi bloger Masterchef!

Nuridah said...

Assalamualaikum Madiha,

cantik kejadian pau tu...memang nampak seperti bunga ros...hahah...suka tengok.

Qhaifa Nur said...

salam

yes, yes pernah tengok kat blog rakan2..
memang unik sekali..
tq sebab tunjuk step by step..
teruja sangat dengan pau ni..

Amie said...

Assalam Madiha,
yang pertama:
tadah tangan mengaminkan doa dan harapan, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa ingat mengingatkan di antara satu sama lain,

yang kedua:
Pau Ros Keledek Ungu itu sangat cantik, Madiha kongsi lagi bagaimana cara untuk membuatnya satu persatu, walaupun Amie tidak pandai dalam hal kreativiti begini tapi Amie sangat tertarik, harap Madiha akan sentiasa sudi kongsi banyak lagi resepi dalam simpanan Madiha ye...

mama sara nur said...

assalam
cantiknye.......berseni tangan k.madiha
sy tak sanggup ni takut x jadi he he
mesti kena ada tahap kesabaran dan kerajinan yg cukup ni, apapun k. madiha memang terror ..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Madiha mekar mewanginya pau keledek ni.Terpukau dan terliur kak ros dibuatnya.

Kak Jie Jie said...

akak ambik resepi.Tk

RynaHakimi said...

Cantiknya kuih tu..boleh buat untuk gubahan pengantin jugak ni ;)

Hany Gallery said...

Selalu tgk pau bulat je, boleh juga buat btk bunga ye....menarik sekali.

JaSSNaNi said...

wahhhh kreatif nya.. tak pernah pun nampak sblm ni ada pau cantek macam ni.. aduhhhhhhhhhh mesti sedap giler kan..

rahel said...

Cantiknya pau ros tu...emm tak nak makan pau cantik...simpan dalam balang jer buat perhiasan..

Malay-Kadazan girl said...

Wah menariknya dahlah saya hantu sweet potato.

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna...

Waduh!!! Cantiknya Pau Tu....Tapi Sayang Nak Makan....

MULAN said...

rasa sayang nak makan...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Madiha..
Kak, cantiknya pau ros akakkkkk!!!! Mmg berseni tangan.. Bukan pandai menggubah hantaran jer..Pandai lak menggubah pau jadi ros... Mmg cun!

Kak, Hubby Naz pun kalau kek2 lain ni dia tak makan sgt. Tapi kek gula hangus tu makan lak dia..hehehe.. Kek lain yg dia makan kek pisang dan kek kukus lapis asam. Tang kek gula hangus tu, samalah hubby kita..:))

~~zAnAfAhMi~~ said...

aduhai...panjang berjela, rasanya tak mampu nak buat ni.

konde said...

unique, sedap pula :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Nieza said...

Assalam kak, cantik tgk pau rose akak ni..nieza dah buat dh tapi tak secantik mcm akak buat ni..memang tgn akak berseni la:)

tq sharing resepi quiche daging bersosej tu yer kak..sedap sgt memang mkn sampai ke dinner dan kenyang tak mkn lain dah.

sara said...

mana nak cari keledek ungu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...