Thursday, June 27, 2013

Sausage Mixed Vege Bun

Assalamualaikum & salam sejahtera semua....


Tau tak dua tiga hari ni MaDiHaA dilanda angin malas nak memasak.  Dah 2 malam tak masak dinner... hihi... hari Selasa beli makanan pasar malam.  Ni semua gara2 anak cuti sekolah sebab jerebulah ni.  Sempat menyinggah pasar malam sebab tak perlu rushing jemput anak kat sekolah sebab semua anak2 ada kat rumah pengasuh.  Kesempatanlah beli makanan pasar mlm.. hihi.. Hari Rabu semalam pula beli Ayamas & masak nasi je.  Tapi hanya Haziq je makan nasi.. yg lain2 meratah ayam je takmo nasi.  Banyak nasi berlebih semalam.  Nak goreng untuk sarapan pagi tadi pun tak rajin jugak... apa nak jadi ni???  Harap2 petang ni mood malas dah takde.  Kesian kat sayur2 & lauk2 basah yang en. hubby beli dari hari Isnin aritu tak terusik lagi.  Nampaknya malam ni menu nasi goreng jela kot.. kot rajin sikit buat sup cendawan tiram.. takut juga lama2 nanti rosak sayur2 yang abang dok beli tu.. haiii la encik mahMOOD... kemanakah engkau menghilang??



Kalau dah kata malas masak... usahkan nak memasak yg biasa2.. nak bereksperimen lagilah malas kan... Jadi hari ni MaDiHaA share resepi dari gambar2 lama jelah ye... Tapi semestinya gambar2 yang belum dikongsi lagi di blog ni lah... Sebenarnya resepi roti basic ni dah pernah dikongsi sebelum ni.  Cuma olahan menjadi Sausage Mix Vege Bun ni je yang belum pernah dikongsi di sini...

Okay jom layan.. TQ kepada empunya resepi Puan Roshayati Johari untuk resepi roti basic yang sangat sedap ni.  Sangat sesuai diolah menjadi apa2 roti samada versi savoury atau versi manis.  Resepi ni asalnya MaDiHaA salin dari fotopages MamaFaMi... TQ mama..


BASIC BREAD RECIPE 
Source : Roshayati Johari

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)





Untuk buat Sausage Mix Vegetables Bun ni.. antara bahan2 tambahan yang diperlukan selain bahan2 roti basic di atas sila rujuk resepi kat bawah ye..  

Bahan2 Tambahan
15 batang sosej ~ (kuantiti ikut jumlah ketulan roti yg anda dapat) rebus sebentar, tos & dibelah 2 (ikut suka nak hiris2 pun boleh)
mix vege secukupnya ~ rebus sebentar & tos
sos cili
mayonis
sedikit susu cair utk sapuan pd roti






Cara2nya
1. Setelah doh naik utk proses perapan pertama (tengok step no. 4 kat resepi di atas). Tumbuk2 doh dan bahagikan doh ke beberapa bebola kecil. (MaDiHa dapat 15 ketul)
2. Ambil satu bebola tadi dan leperkan doh agak nipis dan letak atas tray yg dah disapu marjerin/mentega.
3. Perap selama 40 minit ~ 1 jam. (kalau nak cepat naik letak je dlm oven yg dipanaskan sebentar)
4. Panaskan oven 180C. Sapukan susu cair di atas bun. Aturkan sosej atas bun tadi. Taburkan mix vege. Paipkan mayonis & sos cili. Kemudian bakar roti selama 15 - 20 minit atau sehingga roti masak. 


Selamat mencuba!

16 comments:

tun_telani said...

Salam kak Madihaa.. tun tgh rajin ni... fuhhh fuhhhh.. tun tiup sket aura rajin tun ke akak.. hahhahaha...seronok masak2 kat kampung sbb ramai tukang makan. smlm wat kek pisang, kejap je habis! hihi..
sedap roti tu. nmpk sgt gebuuuu..

Fazleyatul Aini said...

saya kalau buat roti memang fail. tak suka menguli. huhu. kene p kelas ni

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
mu ni... kata malas.. cik mahMood hilang.. tapi siap uli doh tu... rajin tul kak... nani kalau malas.. soh anak goreng telo mata je.. makan ngan kicap.. wahahahahahah.. kejam kan.. :P tapi sehari dua ni rajin sket.. sbb ada barang.. bahan... hmmm jadi la experiment 2 menu meletop.. nanti baru share.. skrg baru intro kan.. :P hahahah.. ok kak.. jerubu makin di bawa pergi.. harap2 malaysia bersih dari pencemaran udara kan.. :)

Qhaifa Nur said...

kalau pergi giant sure beli roti ni, tak tahu kenapa..mesti nak beli..
kat rumah tu ada oven untuk buat roti tak pernah cuba pun ha..ha..
sedapnya roti...

Gee® said...

Waaaa...nk bun 2 ketoi... walaupun jiwa tak tenteram tp perut tetap lapar... heeeee

cik cek said...

Madiha...tu kira rajin jugak tau...tup2 ada roti lagi...kalau malas..emmm...paham2 je la kan...he he....jgn risau...pas ni confirm vitamin R tu makin byk dalam bdn...

hazila said...

Wah dah macam yang jual kat bakery tu.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahahahahahahaha... mati2 mula2 sy ingat En mahMOOD tu nama husband Kak Madiha.

p/s Kenapa akak malas, ada apa2kah????

Lydia Miza said...

Salam
Rajinnya kak ratna meroti. Buat sarapan sedap ni. Kak , meh kita berjiran jom

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nak Cuba juga lah madiha, anak akak dah suruh buat roti sendiri ;-)

Mieza said...

Wahhh rajinnya akak madihaa mengebun..cantik dan gebus je bun tu..bab bun mengebun ni kan mieza selalu fail tau...keras je tangan ni...bila tgk org punya terus rasa jatuh cinta

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
mcm kat bakery, cantik elok jadinya
kalu ank2 suka sy pun x buat tp diorg ni susah sikit he hee

ajax85 said...

mcm sedap je ...sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Dr K said...

Salam kak...

Boleh member dgn wife saya la ni...dia pun bisnes buat segala jenis bun, cakes, macaron..:)

Mmg berbaloi kalau tahu buat bun ni kan, anak anak nak makan...mommy nya yg buat...bersih, berkhasiat...confirmed sedap :)

ALoNa CintamaniszLite said...

bestnyer kakkkk...bila pandai wat roti sendiri ni..

zila norazila said...

mmg sedap..zila klu malas mkn nasi mkn bun 2 ketul dh kenyang kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...