Lambat sikit update hari ni.. sibuk sikit tadi.. Now nak sambung masuk resepi yang tertunggak iftar hari ke empat yang lalu. Termenjadinya karipap ni tanpa dirancang pun. Memang takde dlm list menu hari tu pun. Tiba2 je kul 4 ptg baru kupas kentang. hahaha.. Tapi seronok tau buat kuih yang suami & anak2 suka.. memang cepat je habis..
Kami memang tak buat apa2 persiapan pun nak sambut puasa. Biasa2 je. Maksud persiapan tu.. takde pun sibuk nak beli stok lauk2 basah atau sayur mayur atau apa2 barangan makanan kering hatta sebiji kurma pun tak beli.. hehe.. teruk kan? Dok baca status kawan2 dalam facebook masing2 sibuk tanya dah buat persiapan ke utk hari rabu nanti. Pastu baca plak status sabahat lama ku Cida yang pelik ngapa masing2 tanya pasal persiapan hari rabu. Rabu tu hari pertama puasa kan? Kalau dah puasa bermakna takleh makan.. tapi kenapa semua asyik cerita pasal makan? MaDiHaA sokong juga pendapat Cida. Sepatutnya bila berpuasa kita harus bersederhana.. berpuasa dari segala nafsu bukan hanya menahan lapar & dahaga ketika berpuasa.. tapi juga menahan diri dari berlebih2 dari segi hidangan berbuka supaya tidak terjadi pembaziran iaitu perbuatan yang paling dimurkai Allah s.w.t. MaDiHaA menyampuk la juga.. ku katakan pada Cida.. akak pun tak buat apa2 persiapan.. suami akak cakap.. habiskan je lauk dalam peti ais tu.. ada perut lembu, ada sayur lobak putih, ada peria.. (tu yang first day puasa masak gulai perut lembu campur lobak putih). Sempoi jer kami.. lauk tu pun bukannya jadi lauk berbuka.. tapi jadi lauk sahur kami sebab berbuka kami berbuka dengan mee goreng bodo je.. hehe.. Owh.. pasal kurma pula.. bukan en. suami taknak ikut sunnah nabi.. tapi dia tak beli kurma sebab dia dok cari2 jenis kurma yang wife dia suka. Wife dia ni cerewet sikit.. kalau kurma jenis lembut2 atau kurma jenis bermadu tu memang tak suka.. kalau yang jenis bertekstur keras barulah nak mkn.. hehe.. tekak tu memang teringin nak mkn kurma tp kalau jenis lembut memang tak suka.. sampaikan berbuka hari kedua pun belum ada kurma.. masuk hari ke tiga barulah ada kurma.. itupun tak dpat juga kurma jenis keras.. yg bertangkai keras sikit2 je.. hehe.. bolehlah dr tak ada..
Ok cerita pasal karipap ni.. disebabkan memang tak peduli nak beli bahan2 masakan.. rupanya kentang yang ada kat dapur cuma tinggal sebiji yang bersaiz besar. Oleh kerana dah berangan nak uli karipap.. terpaksalah cari alternatif lain utk banyakkan sikit kuantiti inti. Yang ada dalam peti sejuk masa tu & yang paling sesuai ialah lobak merah. Ahh.. bolehlah juga tu.. rencah pula hanya ada udang kering.. daging kisar takde.. ayam pun takde (sbb harga ayam mahal.. dah seminggu puasa baru suami beli ayam.. boikotlah juga kejap kan.. hehe). Udang kering pun okay juga.. disebabkan shortage kentang tu makanya terjadilah Karipap Kentang Carrot. Ehh sedap juga tau.. Dari segi khasiat tu.. lebih sikit dari karipap inti kentang sebab dlm carrot ada vitamin A. hehe.. Masa berbuka Haziq tanya.. "ibu kenapa ada carrot dalam karipap ni?" ibu jawab "saja ibu letak sebab nak suruh anak2 makan carrot" hehe.. Memang betul pun.. Alin langsung tak kisah makan karipap tu & tak peduli pun ada carrot dalam tu.. kalau masak sayur yang dicampur carrot dia mesti tak suka. Padahal masa kecik dulu suka. Pelik betul! Sebab tu kalau MaDiHaA masak nasi goreng.. suka sagat carrot dalam nasi goreng tu. Nak tak nak dia mesti makan juga sbb carrot tu halus2 kan.. tak mampu nak dibuang.. haha..
Oklah panjang plak merepek dibulan puasa ni kan.. jom semak resepi Karipap Kentang Carrot. Kali ni MaDiHaA guna resepi doh dari Tun Telani. Biasa MaDiHaA buat karipap guna minyak panas sepenuhnya.. kali ni campur sikit marjerin. Elok sangat kejadian karipap ni... kulitnya lembut & rangup. Terima kasih ye Tun bersusah payah menyukat bahan demi untuk berkongsi resepi dgn kawan2. Akak kalau buat karipap pun main campak2 je tak pernah bersukat. Sebab tu malas nak kongsi resepi karipap sendiri.. bukan sebab kedekut resepi.. tapi malas nak sukat bahan.. hehe..
Karipap Kentang Carrot
Bahan Inti
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
280 gm kentang ~ kupas & potong dadu
230 gm lobak merah ~ kupas & potong dadu
1 1/2 sudu besar udang kering ~ rendam air panas & tumbuk
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2 sudu besar rempah (penuh) rempah kari ayam /daging
1 sudu kecil serbuk cili
garam & serbuk perasa secukupnya
1 sudu besar gula
minyak secukupnya (tak perlu banyak)
air secukupnya
Cara menyediakan inti
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan rempah kari, serbuk cili & udang kering & kacau rata. Masukkan kentang, lobak merah & air sehingga ubian tersebut tenggelam & lebihkan sikit airnya kira2 1 cm dari paras ubian tadi. Biar mendidih & sesekali dikacau supaya empuk rata.
2. Bila mendidih bolehlah masukkan gula, garam & serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa kacau inti apabila hampir kering supaya inti tidak berkerak & hangit. Biar hingga betul2 kering. Matikan api & sejukkan sebentar. Sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh karipap.
Bahan2 Doh
Resepi : Tun Telani
panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk sikit, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)

Karipap dalam gambar ni ialah karipap lebihan yang difrozenkan..

Doh:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak)
- 1/2 cawan minyak (panaskan)
- 3/4 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam (MaDiHaA larutkan garam dalam air)
panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk sikit, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)
Bila dah siap bolehlah dicanai & terap, masukkan inti secukupnya & kelim bahagian tepinya. Cara MaDiHaA.. suka bulat2kan doh.. setiap biji bebola untuk sebiji karipap. dicanai bebola tadi sehingga nipis & masukkan inti.. tutup inti & kelim macam biasa. Bila dah siap bolehlah digoreng. Untuk dapatkan karipap yang tak meletop2 kulitnya.. masukkan karipap sebelum minyak panas dengan mengecilkan api.. bila dah masukkan karipap barulah dibesarkan sikit api & gorenglah sehingga perang keemasan. Angkat & tos bolehlah dihidang.
Selamat mencuba!
15 comments:
Ahai...mengancam karipap karot mama tu...
jangan tak tahu kak..nur tak lulus buat karipap lagi he..he..
isi karot pun sedap juga..ada rasa manis pedas kan...
karipap kalau kat rumah akak pasti laku punya..semua suka..tapi kalau buat kena buat 2 jenis satu sardin satu kentang...
letak karot, sedap juga tu..:)
Assalamualaikum kak..
sama la pendapat nani.. kami takde persiapan pun.. mcm biasa je semua.. ye la.. sama je pun.. hari2 balik umah masak.. cuma yg lain masak untuk berbuka.. lebih kurang la kita balik keje masak dinner tu.. and pagi sarapan.. cuma awal 2 jam dari biasa kan.. so normal je la nani pun.. x de nak siap2 apa.. cuma mcm biasa kalau pergi tesco ke giant, mmg kitorang beli ayam, tapi hari tu nani beli 2 ekor terus sebab malas nak cari lauk whole week.. ayam 2 ekor tu takat 4 hari je berehh dah kak..
>> budak2 mmg, kalau nampak sayor tak nak makan.. sama ngan haikal.. tapi kan nani penah wat karipap apolo tu.. kan isinya kacang panjang dan ikan rebus.. habis jugak anak2 makan.. sayor jugak tu kan.. sama ler cam anak akak.. agaknya dia tak perasan sebab potongnya sama, ala2 keledek merah tu kot.. ye.. hehehe
wah bestnya karipap. boleh try, kalau rajin. hihi
dana lum kesempatan nk bt karipap kak, tak sempat... kalu tingin bt inti kentang tp balut kt popia je
Assalamualaikum...wah sedap nampak karipap tu selalu buat inti kentang dan keledek jer..nnti leh cuba inti karet pulak.terima ksih diatas resepi...
Assalamualaikum...wah sedap nampak karipap tu selalu buat inti kentang dan keledek jer..nnti leh cuba inti karet pulak.terima ksih diatas resepi...
Salam kak ratna. Sedapnya tgk karipap akak. X sempat lg nk buat.
Akak, kebetulan sy mmg x mkn kurma manis yg basah tu. ye ia sunah berbuka dgn kurma basah tp sy x thn manis. Sy cuma mkn kurma mariyami sbb dia agak kering. Yusof taiyob dah ada jual thn ni br sy jumpa jenis mariyami ni. Dulu x jmp pulak. Klu org ke madinah akak blh kirim murah je dlm rm20 sekilo. Sini dlm rm40 sekilo. Ikut gred. Dr thn 98 sy cuma blh telan jenis ni je sbb kering. Moga ia dpt menepati citarasa akak
cantik kak kejadian karipap tu... kelim kemas jekk..
kak...kami pun sederhana...lauk hari2 sama je mcm bulan lain...mgkin ada yg tegur nampak menu byk..tp bukan le tetiap hari... dan biasanya masak skit je..utk sekali mkn... bezanya, bulan puas mkn awal skit..kalo waktu lain, kekadang kul 9 br kami mkn mlm... ikut dan je..
sbb tu la bila puasa, ada menu kuih...sbb nti kul 10, mcm dh lapar blk sbb mkn awal... lgpun, bulan puasa ni meriah rata2 jual kuih... bila buat sendiri, xde la rasa nafsu nk membeli sgt...sbb lebih fokus nk buat sendiri... dan masa ni juga pelan2 nk belajar buat kuih muih sebenarnya...
Best jugak kalau ltkkn carot skali... :)
Anak-anak pun tak suka makan carrot, tapi Amie suka hiris halus2 terutamanya kalau buat inti campuran untuk popis. jadi mahu tak mahu anak-anak kena makan juga sebab semua hantu popis, dapatlah tambahan vitamin A nya ye Madiha he hehhh.
Kita pantang jumpa karipap, lagilah yang kulit lembut rangup macam madiha buat tu. Tapi Amie jarang buat sebab selalunya doh belum siap, inti karipap sudah hilang separuh dibaham kami anak-beranak duluan...
tahun ni tak mewah pun menu kami.. biasa2 je.. makan apa yang ada.. janji anak2 kenyang.. ;)
Cantik nampak kelim karipap nyer heheh D5 tak pandai sgt but karipap mmg pebret D5 nampak sedap sgt karipap Akak nie :D..
kak, QH dh bookmark resepi ni..hihi..nmpk sedap lg2 tang inti yg basah2 gitu QH suka..lg mnarik bile buh lobak kt dlm..mesti rangup2 gitu bile gigit..
Post a Comment