Tuesday, July 9, 2013

Salmon Grill With Salad

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Lamanya blog ni tak update resepi kan?  Rindu juga sebenarnya nak berkongsi resepi dengan teman2.. tp apakan daya.. kesibukan mengatasi segala2nya.  Adalah juga beberapa gambar iaitu resepi dan juga gambar tempahan yang nak dikongsikan.  Tapi tak berkesempatan pula nak transfer gambar dari handphone ke tumbdrive (atau senang kata tak sempat nak buka lappy kat rumah).  Jadi.. selagi gambar masih dok dlm hp.. selagi tu lah tak boleh nak kongsi ke blog.  hihi.. malam tadi gagahkan diri on lappy & transfer gambar ke thumbdrive lepas semua kerja2 rumah beres..



Oklah... sekadar berkongsi resepi ringkas.. ala2 menu sihat kami di minggu yang lepas... Dinner ala2 western tanpa nasi.. alhamdulillah kenyang sangat sebab kami makan salad banyakkk... untuk anak2 kenalah masak menu lain untuk mereka.. tak pandai dorang tu nak makan ikan dengan sayur mentah gitu... hihi..



Untuk MaDiHaA sepinggan dengan ikan saiz besar sikit tu & tambah lagi salad... untuk husband ikan salmonnya saiz kecik sikit & tambah lagi salad & ada lagi sekeping salmon standby untuk dia dalam pemanggang ajaib.. sebab tu MaDiHaA chop ikan yg besar sikit tu... sebab untuk dia ada 2 keping.. heheee...

Jom semak resepi ringkas ni... malas nak buat sosnya.. tumpang sos dari salad je.. tu pun lebih dari sedap!

Salmon Grill With Salad
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 keping ikan salmon
1 sudu kecil mixed herb
1 sudu kecil cayenne pepper
1 sudu kecil lada hitam kisar
garam secukupnya
sedikit minyak zaitun

Cara menyediakan
1. Bersihkan ikan salmon & tos.  Lumurkan kepingan ikan dengan semua bahan2 di atas & perap selama 30 minit dalam peti sejuk.
2. Grill ikan sehingga masak kemudian bolehlah dihidang dengan salad & perahan jus lemon jika suka. 

Nota MaDiHaA : MaDiHaA grill ikan dalam pemanggang ajaib.  


Semangkuk besar (mangkuk nasi tambah) salad ni terdiri dari sebiji carrot saiz sedang, 1 biji timun jepun, setengah biji capsicum merah & 1 ketul brokoli saiz besar yang dicelur sebentar.  Dressing dengan mayonis & thousand island sauce  Hidangan berdua kami...

Selamat bersahur nanti ye...

10 comments:

Sarah Talib said...

meleleh air liur tengok salad tu...sedap2

Salmi Khairil said...

ermmm..mengancam sungguh,takut nak masak ikan salmon tu..

Cida de' Nuanza said...

sesekali cuci perut makan salad byk2 elok jugak kan...
tp dh tekak melayu ni, sudahnya selongkar piuk nasik jugak.. :-P

ummiaisyah said...

selamat berpuasa juga kak ratna...ikan salmon tu penah mkn skali kt kedai...berazam nk buat sendiri...tak terbuat-buat..cik abang asik bwk balik ikan tilapia ngan ikan sepat je..camne nk buat stik?

suryabil said...

Selamat berpuasa kak..yummyy sungguh grill salmon tu..kalau tuk bln puasa pun sesuai lh kan.

asyifamustaffa said...

sedapnya...menu diet pun bole nie...
nmpk segar bugar sayur tu...

Sweet red cherry said...

salam kak..

em, sedap betul makan salmon gril dgn salad..menu sihat ni..terbaek la kak..

Unknown said...

As-Salam kak

suka tgk sayur tu....huhuhu..dah lama x mkn salad sayur kasar2 mcm tu...

Unknown said...

Ni betul nak diet ni....kakpb tak pernah beli ikan salmon. Mcm nk cuba jugak.

Selamat berpuasa utk Madiha n keluarga ye.

ALoNa CintamaniszLite said...

wahh...salad...

tp sini ikan salmon susah nk dpt..kalo ada kat tesco pun dh tinggal yg tak berapa elok tu jer..
ganti ngan tenggiri ok jgk kot, hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...