Assalamualaikum & salam sejahtera....
Pagi Jumaat yang sangat mendamaikan... Kebelakangan ini cuaca pagi2 begitu sejuk sekali... Kasihan kat anak2 nak mandi pagi untuk ke sekolah sehingga menggigil2 dibuatnya. Kat rumah kami memang tak ada water heater.. selalunya takdelah sejuk sangat nak mandi pagi. Tapi kebelakangan ni cuaca sejuk sungguh. Bukan hanya anak2 je yang kesejukan mandi pagi... orang tua macam MaDiHaA yang banyak lemak ni pun boleh gigil... hehehe...
Bila badan dah sejuk tu... kenalah panaskan badan sikit barulah terasa lega kan? Minum teh O panas bersama2 dengan bun berintikan coklat ni.. memang sesuailah sangat. Untuk anak2 pula kita sediakan 2 mug milo suam.. kalau panas karang anak2 tak nak minum pulak.. hehehe...
Masih menggunakan resepi roti basic yang masih sama iaitu dari Puan Roshayati Johari yang memang a keeper... roti ni memang lembut sangat2.. setakat ni.. inilah resepi roti percuma yang terbaik. Kalau resepi terbaik yang berbayar tu.. MaDiHaA memang tak adalah ye sebab tak pernah lagi ikuti mana2 kelas roti. Jadi setakat ni.. inilah resepi yang terbaik yang ada dalam simpanan MaDiHaA. Boleh diolah menjadi apa saja roti kegemaran. Jom MaDiHaA kongsikan sekali lagi resepinya. Resepi terbaik tak salah kita kongsi berkali2 kan? Mana tau ada yang belum simpan lagi resepi ni.. meh kita sama2 buat roti sendiri.. jimat sikit duit belanja tak perlu nak beli roti kat kedai bakeri yang semakin hari semakin mahal harganya. Moga pahala akan berterusan kepada empunya resepi bila setiap kali orang mengguna pakai resepi ni... insyaAllah... perkongsian yang ikhlas pasti ada ganjarannya...
Kali ni MaDiHaA uli roti menggunakan heavy duty mixer. selalunya guna breadmaker (BM). Tapi kali ni malas pulak nak keluarkan BM. Memang senang kerja ada pembantu.. tuan jadi semakin pemalas sekarang.. semua kerja suruh pembantu yang buat.. hehehe... Takpelah kan.. beli tak digunakan buat apa kan? Kalau nak simpan lebih baik simpan kat kedai aje.. duit pun tak abis. Alang2 barang dah ada kita pergunakanlah.. Ok dah.. jom salin resepi pulak..
Bun Inti Coklat/Chocolate Filling Bun
BASIC BREAD RECIPE Source : Roshayati Johari
Tried by: MaDiHaA aka Ratna
(boleh dapat anggaran 18 ~ 20 biji bun untuk resepi ini)
Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast
(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)
(C)
40g butter
40g shortening
Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)
Untuk membuat inti coklat boleh rujuk resepi di bawah ini ye.
CHOCOLATE FILLING/ INTI COKLAT
sumber: Anna Qawina
sumber : K.Nor@SecubitGaram & MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis (MaDiHaA guna gula 180 gm)
60gram mentega
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan susu, koko, air suam dan tepung jagung. Kacau & tapis kedalam bekas berisi gula.
Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
Kacau sampai pekat
Campurkan mentega dan esen
Kacau sebati dan tutup api..sejukkan. Bolehlah gunakan untuk inti bun kita tadi.
Selamat mencuba!
Ingredients :
(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast
(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)
(C)
40g butter
40g shortening
Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Preheat oven 180C. Bake till golden brown. (about 15 minutes)
Untuk membuat inti coklat boleh rujuk resepi di bawah ini ye.
CHOCOLATE FILLING/ INTI COKLAT
sumber: Anna Qawina
sumber : K.Nor@SecubitGaram & MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis (MaDiHaA guna gula 180 gm)
60gram mentega
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
Campurkan susu, koko, air suam dan tepung jagung. Kacau & tapis kedalam bekas berisi gula.
Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
Kacau sampai pekat
Campurkan mentega dan esen
Kacau sebati dan tutup api..sejukkan. Bolehlah gunakan untuk inti bun kita tadi.
Selamat mencuba!
6 comments:
Sedapnya kak..makin lapa tgk..
Assalamualaikum madiha aduh gebu sungguh roti tu...kalau dpt makan roti panas sedap nyer....
Elok gebunya Madiha... macam roti kat kedai jer akak tengok... akak tak berani lagi nak mencuba takut tak jadi hehehe :)
Assalam
Sy suka ni dan budak2 pun suka sb inti coklat
Yummy. Bestnya dapat hasilkan sendiri dgn adanya pembantu khas kan he hee
Nk kena cari jgk ni jeless tgk roti gebus
K madiha punya ni mcm kat kedai
Sedapnya dapat buat roti, tak pernah mencuba lagi, walaupun hati nie teringin nak buat roti gak..,
We Provide Professional & Insured Moving, Packing, Relocation,
Removals, International Freights,& Storage Services in ajman.
نقل اثاث عجمان
movers in dubai
Post a Comment