Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semasa MaDiHaA masukkan gambar kulat sisir kat Facebook & tanyakan kawan2 apa lagi yang boleh dimasak selain masak lemak & goreng pedas.. ada antara kawan2 yang berkongsi idea katanya boleh juga dicampurkan dalam telur dadar & juga cucur atau jemput2.. Wahh... sound interesting! Bila dapat lagi stok kulat sisir dari kampong baru2 ni... teruslah ku cuba buat telur dadar ni. Memanglah rasa telur dadar ni lain dari yang lain... tapi not bad jugalah bagi peminat kulat sisir. Bagi yang tak suka kulat sisir ni... memang tak boleh nak kata apa lah kan.. hehehe...
Jom kita tengok resepi mudah ni. Terima kasih kawan2 yang berkongsi idea...
Telur Dadar dengan Kulat Sisir
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
4 biji telur ayam
1/3 cawan kulat sisir kering
garam secukup rasa
4 biji cili padi ~ dihiris
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Bersihkan segala kekotoran pada kulat sisir & kerat kakinya jika ada btg kayu yg melekat. kemudian rendam hingga kembang. Cuci bersih & toskan kulat (biarkan habuk2 tenggelam dlm air dengan sauk kulat menggunakan tangan). Tumbuk separa lumat.
2. Pecahkan telur dalam satu mangkuk. Masukkan kulat yang ditumbuk dengan melerai2kannya. Campurkan cili padi, bawang merah, serbuk kunyit & garam secukupnya & kacau rata sehingga kulat sebati dengan telur.
3. Panaskan minyak masak secukupnya & tuangkan telur & gorenglah telur dadar seperti biasa sehingga masak di bahagian dalamnya. Sedap dihidang panas2 dengan nasi putih & lauk yang lain.
Selamat mencuba.
7 comments:
Salam..payah nak jumpa kulat sisir skrg ni..klu dpt mmg sedap!
Waaa... baru semlm k.gee beli kulat sisir di Pekansari Temerloh... sedap jer nmpk telur dadar kulat tu...
kalau ada stok kulat sisir ni, rasa cam sayang pulak nak wat telo dadar
hihi..
resepi terbaru tu Madiha... kat tmpt akak susah dah nak jumpa kulat ni..
masyaAllah...
tak terfikir kulat sisir boleh didadar bersama telur...sedapnya..
dpt bygkan sedapnya mengunyah...
haii...kecur dah!
sy nak dptkan secupak utk wat masak lomak cili api punnnnn takde kak...inikan nak wat teloq dadar..huhu..
sedapnyer kak.... tak penah dana try lg nih...
Post a Comment