Thursday, January 9, 2014

Kerapu Tauchu Dengan Terung

Assalamuaikum & salam sejahtera...



Kongsi resepi biasa2 je hari ni. Lauk yang agak kerap juga di masak jika dah kekeringan idea.  Cuma bezanya.. sayur yang dirampai tu ikut apa yang ada dalam peti sejuk je.  Kali ni hanya ada terung panjang yang agak sesuai dicampur dalam taucu... jadi lebur sajalah. Alhamdulillah lauk ini MaDiHaA gandingkan dengan sambal belacan, ulam kubis mentah (ambil bahagian yang putih bahagian dalam) & telur goreng hancur atau scramble egg.. licin semunya.. hehe...

Jom masak untuk famili tersayang...!


Kerapu Tauchu Dengan Terung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ikan kerapu sederhana besar
garam & serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 cm halia ~ hiris halus btg mancis
6 - 7 biji cili padi ~ hiris kasar
1 - 2 biji terung panjang (kalau besar letak sebiji je) ~ hiris sesuai selera & rendam sebentar
1 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus
2 sudu besar taucu (jangan mumbung sangat)
air secukupnya utk kuah anggaran 2 cawan
1/2 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
minyak utk menumis

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan & kelar. Lumur garam & serbuk kunyit & goreng garing. Angkat & letak dalam pinggan hidangan.
2. Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan2 tumisan yang dihiris hingga naik bau. Masukkan air asam jawa & taucu. Masuk air, terung, gula & serbuk perasa. Biarkan hingga terung lembut.
3. Rasakan & ejas sesuai selera.. kalau masin boleh tambah air & biar berkuah sikit (sebab taucu tak sama tahap masinnya). Bila dah sedap kuahnya.. tuangkan di atas ikan goreng tadi.  Hidangkan panas2 bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

7 comments:

Gee® said...

Waaaa...lapar dibuatnya..

ady said...

salam
ingatkan tadi ikan tu dikukus...berselera tgk lama2 kat gambar tu...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

nyum nyum sedapnyer...ikan kerapu ni dah lama tak makan...

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. xpenah masak ikan campur taucu. tun baru belajar masak guna taucu, blh dicuba nih.

Fazleyatul Aini said...

kat rumah saya ni jarang sangat masak guna taucu ni. mak ayah tak berapa gemar. tapi anak2 nya gemar je hihi

Rohah said...

Wow..sedap tu kak...sy nk masak taucu gak..telur taucu..hihii

zana fahmi said...

Biasanya masak tauco ni kesukaan org2 tua kita, terutamanya org Johor kan Madiha. Kat rumah ni kurang skit kalau masak tauco.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...