Tuesday, January 21, 2014

Kari Ikan Gaya Goa



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Resepi ni dah lama berlegar2 di kalangan blogger.  Cuma MaDiHaA je yang belum terbuka hati nak mencuba.  Baru2 ni suami ada beli seekor ikan gerut.  Terus terlintas nak masak Kari Gaya Goa ni... 

Rasa kari yang lain dari kari biasa.. nak tau kenalah cuba sendiri ye... Terima kasih Yatie yang akak copy resepi dari blog Yatie, terima kasih juga Mat Gebu yang berkongsi resepi asal dari Chef Wan.  Yang membuatkan MaDiHaA terliur bila CT Zaliedana yang mengwar2kan kesedapan kari ni di Facebook tempohari... itu yg terus rasa nak cuba juga tu.. hehe...
KARI IKAN GAYA GOA

Sumber : Yatie Memories
BAHAN-BAHANNYA

  • 600 gram ikan tenggiri- Yatie guna 4 keping isi ikan kachi dan sekeping kepala-di belah 2 (MaDiHaA guna seekor ikan gerut dipotong 4 bahagian)
  • 3 biji tomato* (MaDiHaA guna 2 biji)
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air) (MaDiHaA lebihkan sikit)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 3 biji cili hijau (MaDiHaA tambah)
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-

  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa & cili hijau. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...
Selamat mencuba!


8 comments:

Gee® said...

Tumpang makan kari boleh...? hehehe

Fazleyatul Aini said...

haaa lapo tengok ni

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum ....
kak.. kari kan kalau gu dia memang ngan papadam.. sedap tu... wahh.. nak kena cuba masak sendiri lah sebab akak tak nak citer rasa dia camne.. hehehe.. nani dan family nani mmg hantu kari kak.. :) lagi2 semalam tengok kari kepala ikan kat majalah 3 tu.. alahaiiii.. terliur betul...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tengok tayangan kari Madiha ni ... dah nampak kesedapannya... :)

Umie Jazz said...

pekat sungguh kuah nya...klu dpt dicicah dgn cekodok kosong aduh mengancam

umi's cup cake said...

wa...kak madiha...gaya goa yang mengiurkan selera ni

BUNDA a.k.a KN said...

nampak pekat melekat kuahnyer...pasti sedap kalu dicolek ngn roti canai jugak...

apple bake said...

special betul... saya pun akan try ini... dah bookmark dah.

http://applelovebake.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...