Thursday, January 23, 2014

Pulut Lemak Kukus Berserunding

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Orang Pantai Timur & Orang Utara memang biasa makan pulut tanak pagi2 kan? Dulu MaDiHaA ingatkan orang belah2 Terengganu je yang bersarapan dengan pulut campur kelapa parut yang sedikit muda yang digaul garam & gula dan juga dimakan dengan ikan kering goreng atau ikan rebus goreng...  (orang Tganu panggil pulut gaul nyor) rupanya orang Utara pun sama jugak.  hehe... Yelah.. manalah MaDiHaA tau sebab MaDiHaA tak pernah sampai lagi ke Utara nun.... Dapat tau pun bila bersahabat di alam cyber ni barulah tau bila ada rakan yang berkongsi gambar makanan yang biasa dimasak di kampong mereka.  Dari situ barulah tau makanan tradisi orang kampong kat dua buah negeri ni ada persamaan. hehehe...



Tapi hari ni bukan nak kongsi sarapan pulut gaul nyor tu ye... sebab kali ni tekak teringin nak makan pulut lemak dengan serunding.  Oppss! Serunding ni bukanlah serunding yang MaDiHaA buat sendiri.. tapi yang diorder online.  Serunding inilah juga yang MaDiHaA gunakan untuk deko pulut kuning tempahan.  Jika ada yang nak order serunding bolehlah order dari Kak Zue ye.  InsyaAllah.. pasti akan berpuas hati.  Serunding ayam atau daging dari Kak Zue ni sangat istimewa kerana didatangkan khas dari Kampong Laut, Kelantan.  Serunding yang cukup terkenal kerana keenakkannya.  Sebab tulah MaDiHaA gunakan serunding ini untuk mendeko pulut kuning yang customer order sebab serunding ini sangat sedap ditekak MaDiHaA. MaDiHaA pernah makan serunding keluaran dari Kelantan juga tetapi agak terganggu dengan kehadiran rempah2 ketumbar & jintan yang agak kasar.  Bila tergigit tu rasa kurang sedap.  Tapi serunding dari Kak Zue ni takde masalah tersebut sebab memang tak jumpa pun rempah2 kasar tu.  Pendek kata memang sedaplah!  Terdapat juga serunding ikan jika nak buat pulut panggang boleh saja gunakan serunding ikan tu.  Jika nak order klik je FB beliau & bolehlah order terus & Kak Zue Taukey Serunding akan pos kan terus ke alamat anda.  MaDiHaA sekadar berkongsi info ye.. tidak mendapat apa2 bayaran atau royalti pun ye.. sekadar tolong promote saja.. mana tau ada yang nak bisnes popia mini atau popia reben untuk raya nanti... tak perlu susah2 nak keluar rumah untuk membeli... serunding boleh terus diposkan ke rumah anda... hehehe...

Oklah.. Jom layan Pulut Lemak Kukus Berserunding ni.. sedap! Tak cukup serundingnya.. cicah je serunding tu byk mana yg suka.. hehehe.. Dalam gambar tu sekadar untuk gambar je tu.. hakikatnya.. bila nak makan dicicah2 serunding banyak2.. barulah sedap.. hehe..



Pulut Lemak Kukus Berserunding
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm beras pulut ~ cuci bersih & rendam 4 jam
Santan pekat secukupnya (anggaran 120 ml) (campurkan santan pekat dgn sedikit garam & larutkan)
Sedikit garam
 
Cara menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan.  Tos beras pulut yang direndam & masukkan dalam pengukus yang dialas dengan kain net (supaya beras tak jatuh melalui lubang). Jika tiada boleh alas kukusan dengan daun pisang.  Kukus lebih kurang 20 minit atau hingga beras nampak masak.
2. Angkat pulut tadi masukkan dalam satu bekas.  Arung pulut dengan santan pekat bergaram hingga rata.  Kukus sekali lagi sehingga pulut masak.
3. Sedia dihidangkan dengan serunding atau pun sambil bilis ikut kesukaan anda.

Selamat bersarapan!

7 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
ooo ingat kak buat sendiri serunding tu.. :) tapi sesekali ada stok serunding tu boleh la makan ngan nasi or pulut buat pelepas mengidam nak raya.. kan kan.. :) heheheh

LiNa_Pg said...

Sekali pandang macam pulut inti..rupanya pulut digandingkan ngan serunding...sedap jugak tu..
Pulut pun nampak lembut jer

umi's cup cake said...

kak madiha...kalau tak ada pulut..umi makan serunding dengan nasi panas2...selera je

Anonymous said...

Assalamualaikum k.madiha sedap nmpk pulut cicah serunding ni..klu Uj x ckup 2 ketui..nmpk pulut pn lembut jer...

Gee® said...

Sedapnya...

MamaFaMi said...

Favourite nih... pulut...pas tu serunding... pas tu kena buat excercise lebih lagi ye.. bakar balik kalori! Hahaha...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama akak tak makan pulut ni Madiha.. Tambah Sedap dgn serunding tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...