Selamat petang... bertemu lagi....
Dah kenyang makan Kuetiaw Haufan? hehe........... kenyang mata aje ye? Takper.. petang ni kita minum petang sambil kunyah2 Kaswi Labu pulak ye....! Sapa2 yang tak suka kuih kukus tu.. jangan cakap tak suka dulu... try dulu rasa.. lepas tu barulah boleh cakap suka atau tak.. hehe.. Ni sebenarnya yang terjadi pada anak bujang ku si Haziq tu... bila nampak kuih ni kat atas meja masa sarapan.. terus je cakap tak suka. Terus ler aku komplen kat dia... abang dah rasa ke kuih ni? Dia geleng2kan kepala.. lepas tu aku cakap kalau belum rasa macamana abang tau tak suka? Cuba test rasa dulu... sedap ke tak.. lepas tu barulah boleh cakap suka atau tak. Ternyata lepas dia rasa sikit.. haaaa... barulah dia cakap.. a'ahlah bu.. sedap kuih ni........ hahaha.... kannnn dah kata.... bak kata org dulu2.. belum cuba belum tauuu...
Oklah.. panjang lak membebel.. jom tengok resepinya jom! Buat Kaswi Labu ni beberapa hari lepas utk sarapan pagi. Ada baki lebihan labu masa buat gulai labu tempohari. Labu tu agak besar jadi taknaklah perabis buat sayur tu.. simpanlah sikit kot2 rajin nak buat kuih. Bila timbang labu yg dah dikopek kulit tu.. adalah tinggal dalam 330gm beratnya. Cari punya cari resepi.. nampaklah resepi Kaswi Labu ni dalam senarai resepi yang belum dicuba.. Terus jelah kita godek..
Resepi asal gunakan 500gm labu.. oleh kerana labu yg tinggal hanya ada 330gm saja.. jadi MaDiHaA hanya buat 3/5 dari resepi. (maknanya.. kuantiti resepi dibahagi 5 kemudian dikali 3) labu tu dilebihkan 30gm jer.. takkan nak buang labu yang secoet tu... elok je kuih ni menjadi.. sedap!
Resepi ni asalnya dari Fida@myresipi.. tapi MaDiHaA copy dari Yatiememories. Thanks ye Yatie & penyumbang asal resepi. Mintak izin letak kat sini resepinya.
Resepi : Fida@myresipi
Sumber : Yatiememories
Bahan-bahan ( loyang 11x11 inc. ) ~ MaDiHaA buat 3/5 dr resepi & gunakan loyang bulat 9 inci
* 500 g labu kuning - kukus dulu baru timbang (MaDiHaA rebus je labu tu.. labu tu pun letak lebih sikit dari sukatan asal)
* 500 g gula pasir (MaDiHaA kurangkan sikit)
* 500 ml santan - (dlm kotak) (MaDiHaA letak sikit jer & tambah sukatan air taknak lemak sangat sebab nak makan dengan kelapa parut)
* 3 helai daun pandan - disimpul
* 1 sk garam
* 700 ml air
* 300 g tepung sagu (MaDiHaA guna tepong ubi)
* 150 g tepung gandum
* 50 g tepung jagung
* 1 sk alkaline water/ air kapur (1sb)
* 1 sk pewarna kuning (tak letak pun ni)
* 1/2 sk esen vanilla/ros(opt)
Bahan tambahan
Kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-cara
1. Labu kukus dilecek halus. (MaDiHaA kisar dengan sebahagian dari sukatan air)
2. Santan, gula, garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.
3. Bancuh tepung2 dgn air dan tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain lalu tapis.
4. Masak adunan yg ditapis hingga naik wap dan tuangkan ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
5. Saya alas plastik loyang tu dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus dlm 30 minit.
6. Hidangkan kaswi labu bersama kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sedikit garam.
2. Santan, gula, garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.
3. Bancuh tepung2 dgn air dan tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain lalu tapis.
4. Masak adunan yg ditapis hingga naik wap dan tuangkan ke dlm loyang dan kukus hingga masak.
5. Saya alas plastik loyang tu dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus dlm 30 minit.
6. Hidangkan kaswi labu bersama kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sedikit garam.
Selamat minum petang!
13 comments:
sedapp! xpernah makan lagi kuih nii.. haha.. tp tun suka kuih kaswi n suka mkn labu.. jd mesti suka kombinasi kaswi n labu ^^
Assalamualaiku K.Madihah,
menariknya kaler kuning labu tu...mmng sedapkan kuih ni..smlm baru beli labu sebiji besor, rasanya mcm nak buat lagilah..Yatie mmng suka kuih2 mcm ni...terliur je tngk..
Madiha....
Tak penah try kuih kaswi labu ni...kaswi biasa penah buat...mesti lagi sedap ni kan....:D
Madiha..1st time dgr kaswi labu ni..hiihihi
kuih kaswi memang sedap tapi yg versi bubuh labu ni lum pernah mkn lagi menarikla kak:)
Madihah..kueh kaswi gula merah pun akak br cadang nk buat...neh dh kuar kaswi labu la plak..huhu...masuk list dl..tq yer..
hi ratna, kebetulan lena pun post kuih labu..i think quite similar to kuih kosui too! ya lah..belum cuba belum tahu tapi sudah tengok suday suka!!
Menarik gak kosui labu ni..akan dicuba gak..
TEringin nak cuba kuih kukus yang ada macam ni tapi orang kat umah ni kurenggg kuih2 macam gini.
nampak sedap ni......
salam,
haritu termiss makan kuetiau. Ni datang bawak pinggan nak kosui labu. Bole?
Assallamualaikum kak Madiha..
Kak, akak ni suka labu ek? Bnyk resepi yg guna labu yg akak dah buat naz tgk.. Nak sikit kak sbb buat nya malas tp rasa nak makan tu ada, boleh?hehehe..
salam kak.. labu ada dalam peti tu.. nampak kuih akak ni mcm teringn plak nak merasa makan.. huhuuhu.. sedapnya warna kunig dia tu
Post a Comment