Assalamualaikum & salam sejahtera....
Semalam ada masa terluang sikit jadi sempat blog walking. Ternampak sambal lada hijau kat blog Hazila... haishh... terliur dibuatnya. Teringat pula kat rumah ada pucuk ubi yang belum sempat direbus ambik dari kampong tempohari. Kebetulan semua bahan2 pun memang ada kat rumah... so apalagi... balik kerja tu... kita pun kelentung kelentang la menumbuk sambal hijau yang marbeles ni. TQ Hazila kongsi resepi menyelerakan ni. Sebenarnya MaDiHaA pun selalu jugak buat sambal ala2 macam ni. Bila en. suami tanya sambal apa ni.. MaDiHaA cakap sambal asal jadi... kekeke.... cuma bezanya sambal yang biasa MaDiHaA buat tu guna cili padi lebih sikit & campur beberapa biji je cili merah dan juga buah tomato ranum.
Sambal lada hijau yang MaDiHaA buat ni dapat pujian dari anakanda bujang katanya sedap betul lauk hari ni. Padahal hanya goreng ikan rebus, goreng kangkong, sambal lada hijau dengan pucuk ubi rebus. Bertambah2 dia makan. Sekarang kalau masak lauk ikan dah tak complaint apa2 dah. Dah boleh terima lauk ikan. Tapi lauk ayam memang pilihan utamalah. Nampak dia makan semalam, sekali cekup pucuk ubi pun boleh tahan dicicah pula dengan sambal tu. Lagipun sambalnya kurang pedas memang boleh sangatla dia makan. Selama ni dia tak pernah makan pucuk ubi, kali ni baru dia berani mencuba. Ni dah cuba, baru tau sedap... hihi...
Jika ada yang nak mencuba.. bolehla salin resepi di bawah ni ye. Kalau suka lebih pedas, boleh tambah kuantiti cili padi tu. Minta izin ye Zila saya letak resepi kat blog saya pula...
Sambal Lada Hijau
Resepi diambil
dari Buku Selera Perdana
Sumber : Hazila
Bahan-bahan
6 biji
cili hijau
10 biji
cili padi
1 cawan
ikan bilis
8 ulas
bawang kecil
3 ulas
bawang putih
Belacan
Asam jawa
/ limau kasturi
Minyak
untuk menggoreng
Cara cara
1. Goreng
ikan bilis sebentar - jangan sampai garing. Angkat & masukkan dalam lesung.
2. Goreng
cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih agak layu. Tolak ketepi kuali untuk sementara.
3. Tumbuk
kasar ikan bilis dan ketepikan.
4. Tumbuk
bahan bahan yang telah digoreng tadi hingga lumat atau separuh kasar. Masukkan
belacan dan tumbuk hingga sebati.
5.
Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam bekas. Masukkan air asam jawa
atau jus limau kasturi. Gaul sebati.
### Garam
tidak dimasukkan kerana ikan bilis & belacan sudah masin tetapi jika suka lebih masin
boleh tambah garam sesuai rasa
6 comments:
Pembuka selera tu Madihah..
Akak pun dah lama tak buat Sambal Hijau..
Sambal Hijau akak style Indonesia punya :D
Mmg terbuka selera sambal hijau ni..mkn pula dgn pucuk ubi...mmg terangkat
fuhh lauk mcm ni laa sedap kak...iakn goreng rebus...lawan plak dng pucuk ubi rebus...sambal meletups tu lagi....dah lama lieya tak buat ulam pucuk ubi tu kak....teringin plak nak buat...kat belakang umah ade tanam 3-4 btg pokok ubi ....
selalu terimbau masakan kampung... bila nak buat and so on... kali ini, memang fuhh.. Kena buat sangat2. tq
I want to make it at home, permission to copy the recipe !!
http://obatgondoktradisional.jellygamatluxor.biz/pengobatan-terbaik-untuk-sinusitis/
Salam Madiha, saya dah cuba td...mmg yummyyyy. Saya share resepi. Tq
Post a Comment