Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, April 20, 2010

Cara Berlauk



Masa buat kuih untuk tempahan tu.. kuih cara berlauk tu aku sengaja buat lebih sikit sekali untuk makan sendiri juga.. So aku masukkan sekali resepi cara berlauk untuk koleksi di blog aku ni.. kuih serimuka tu pulak.. resepinya lain kali ajelah sebab takde gambar kuih yang siap potong. Actually dalam 'rumah lama' (fotopages) memang ada gambar2 serta resepinya.. tapi gambarnya tak berapa cun.. so tunggu ler sampai aku buat lagi sekali serimuka untuk makan2 sendiri so bolehlah aku posingkan kuih tu lawa2 sikit.. tapi tahun bila tu takleh janji ler.. hehehe..



CARA BERLAUK
Bahan2 Inti

1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Selamat mencuba!

2 comments:

Anonymous said...

salam.. kuih ni kena bakar ker?
bakar guna oven ke? TQ

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

w'salam..
kuih ni dimasak menggunakan acuan kuih cara di atas api dapur gas sahaja... (tiada arahan gunakan oven di dalam resepi...)
terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com