Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, April 14, 2010

Sup Lobak Putih & Bebola Ayam



Lobak putih ni bertapa dlm peti ais bukan main lama.. mentang2lah lobak putih tu sayur jenis tahan lama... tu yg dok terbiar tu. Bukannya apa.. kdg tu stok sayur yang hubby beli tak sempat habis dah dibeli sayur yg lain. Disebabkan nak selamatkan sayur yg tak tahan lama daripada rosak.. kenalah masak sayur2 tu dulu.. makanya lobak putih jadi mangsa terbiar.. hehe.. Sebenarnya hubby beli 2.. satu dah selamat digoreng dengan telur.. yang satu lagi ni baru ler sempat aku masak. Mula2 ingat nak buat kuih dari lobak putih resepi ambil dari Cik Manggis tapi tak jadi sebab stok udang kering pulak tak cukup.. KIV ler dulu.. huhu..

Ni resepi sempoi main campak2 jer kot ler ada yg nak cuba.. lobak putih ni elok untuk perempuan.. boleh perbanyakkan susu badan bagi ibu2 yang menyusukan bayi & dapat jugak melawaskan sistem perkumuhan especially bagi mereka yang ada masalah kencing kotor. Seeloknya.. lobak putih dikisar bersama air & sedikit garam & minum dalam 2 teguk setiap pagi sebelum sarapan. Jika taknak buat jus macam tu.. dijadikan sayur seperti sup ini pun dah memadai..

Bahan2
1 batang lobak putih ~ kopek kulit & potong ikut suka & cuci
400 gm bebola ayam (aku guna yg bersayur)
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 hiris halia*
(tumbuk lumat bahan2 bertanda*)
5 cawan air
1 kiub ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup & daun bawang dihiris utk hiasa (optional)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta kiub ayam. Bila mendidih masukkan bebola ayam.
2. Bila bebola ayam dah agak masak.. masukkan lobak putih dan garam secukup rasa.
3. Kacau2 kejap bolehlah ditutupkan api.
4. Masa menghidang.. taburkan dengan daun sup & daun bawang.

2 comments:

izahdaut said...

salam kak madihaa...

tringat lobak ni busuk je dlm peti ais sebab tak tau nk masak pe..hubby tersalah beli. rupenyee banyak khasiat. thanks akak attach skali resepi..boleh cube

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

izahdaut: memang byk khasiat lobak putih ni.. malah.. ibu dlm pantang pun boleh mkn sayur lobak putih ni sbb dia bukan dikalangan sayur yg sejuk atau mengembungkan. selain buat sup tu.. akak suka gak buat acar mentah dari lobak putih.. mak akak selalu buat masa ada arwah ayah sebab feberet arwah ayah akak gak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com