Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, April 26, 2010

Sambal Tumis Udang Petai



Lauk ni dah biasa sangat dah kan... tapi aku pasti jadi kesukaan ramai.. aku masukkan juga resepinya untuk rujukan anak2 aku nanti.. ni resepi ikut cara aku ler..

Bahan2
700 gm udang ~ buang kepala & kulit tinggalkan ekor, buang urat & cuci bersih
3 papan petai ~ ambil isinya
3 senduk sedang cili kering + bawang besar + bawang putih kisar
Garam & aji secukupnya
1 s/b gula
1/2 s/k belacan ~ hancurkan sekali dengan asam jawa
1 s/k asam jawa ~ bancuh dengan air kat bwh
sedikit air
minyak masak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak (lebih sikit) lalu tumiskan cili bawang kisar hingga garing.
2. Masukkan petai, air asam jawa + belacan, gula, garam & aji.
3. Bila petai dah layu.. masukkan udang dan masak sekejap.
4. Rasakan garam & gula.. tambah apa yang kurang. Bila agak2 udang dah masak terus tutupkan api.

1 comment:

MamaFaMi said...

Mama, kalau petai, ma suka makan mentah gitu. Baru ada power! Kalau dah masak, petai tu hilang taring... hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...