Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, January 12, 2011

Roti Lapis Berdaging

 

Salam & selamat petang..

Kali ni masuk entry ekspress aje tak sempat nak cerita lebih2.  Ini lagi kuih yg ku buat masa ma ada kat rumahku yang sempat dibawa ke rumah adikku kat Klang bersama2 dengan kuih serimuka pisang aritu... Ma pun dah seminggu lebih dah balik semula kat kampong.. tapi aku tak abis2 lagi update kuih muih yang aku buat masa dorang ada aritu.. hehe.. ada satu lagi kuih yg ku buat untuk diaorang yang belum sempat update.... kira yang last la tu...


Resepi ni aku dah pernah buat sekali dulu... update di fotopages.. tapi masa tu tak pasti siapa empunya resepi sebab ambil pun dari orang lain. Nama pun dah kena tukar ke lasagna roti.. hehe.. masa tu ada tambahan origano.. tapi kali ni ikut nama asal resepi empunya diri. Cuma aku ada tambah sos tomato & sos cili sikit. Yang lain semua ikut serupa.. sedap! Tapi yang aku buat dulu lagi sedap!! Mungkin yg ni terkurang garam kot.. mungkin jugak sebab aku takut ma tak boleh makan kalau boh garam lebih sebab ma ada darah tinggi.. tu dengan keju bagai.. bahaya untuk kesihatan dia... so.. masa ni.. kitorang makan tambah dengan ajishio/black pepper barulah terasa garamnya. Terima kasih pada umi-e yang sudi berkongsi resepi ni. Halal ye kita masukkan resepi kat sini...

Roti Lapis Berdaging by umi-e@myresepi.com

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar sos tomato (ini MaDiHaA tambah)
  • 2 sudu besar sos cili (ini MaDiHaA tambah)
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam (letak lebih sikit.. letak secubit macam takde rasa garam..itupun masih kurang masin jugak hehe..)
  • Parutan cheese (banyak ikut suka) (MaDiHaA guna mozarella)
  • Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
  2. Satukan Susu+telor+ garam.
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

Selamat Mencuba!

10 comments:

hana said...

penah skali dulu wat roti nih.. biler curah sos aduhaiii sedap btol! ader lg satu resepi tuh guna cracker kan kak.. cam nk try tp takot muak pulak guna biskut tuh..

HaSue said...

lapor lak nengok roti nih kak..tu letak ajishio terasa lada itam sikit laa ek..bak nk rasa sepotong!hehe

Lya Colours said...

wahhh menarik ni
kak kita copy resepi ni
copy je dulu, nak buat kene tunggu mood rajin mari. kuikuikui

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhh...mcm lasagna!!! Looks yumm, leh sub ngan ayam...;)

catz said...

salam,

hai madiha.
salam kenal.
nice blog! masak-masak. sukaaa! semua sedap2..!
would try one of ur resepi.
nice!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

HANA: tulahh.. akak pun pernah wt sekali dulu tp wt ala2 lasagna tu.. lagi sedap! yg guna cream crackers tu pun akak pernah wt sekali. tapi masa tu belum ada fotopages/blog lagi.. buat masa majlis harijadi haziq 1 tahun.. (kira2 4 tahun yg lepas) sedaplah jugak.. cuma lecehnya nak kembangkan biskut dlm susu/santan tu yg paling malas.. hehe..

HASUE: a'ah hasue.. rasa ler masin2 & pedas2 lada itam sikit.. nak bg dah abis ler hasue.. nampak gaya kena wt sendiri la.. dah abis pantang kan? leh la bereksperimen semula.. hehe..

LYA COLOURS: boleh dik.. no problem.. akak pun salu print je resepi.. tp cubanya entah tahun bila pun tak tau...

LOVE: a'ahh ada sikit2 mcm lasagna.. tp takde white saucenya lahh.. boleh je nak sub dgn ayam.. dulu kita wat pun guna isi ayam jugak.. sedap!

CATZ: hai catz.. salam kenal juga.. thanks sudi visit sini.. & sangat alu2kan mencuba resepi2 yg dipaparkan.. kita pun kdg2 cuba resepi dari kwn2 yg lain jugakk..

Nurazimah said...

nak trylah..anak2 mesti suka..

Anonymous said...

salam kak..nk tnye akak pakai roti ape? gardenier ke?

FEENA ZAIN said...

nak tanya, ramas roti smpai hancur ke?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Feena Zain: Ramas agak2 hancur sikit2.. tak perlu hancur betul mcm kena blender tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com