Lama pulak rasanya tak update blog.. Alhamdulillah.. anak2 pun dah mulakan sessi persekolahan mereka. Haziq begitu teruja hari pertama bersekolah tadika semalam. Aku hanya hantar di muka pintu tadika nya. Lepas bersalam, cium pipinya & tinggalkan beberapa pesanan padanya.. aku terus pergi meninggalkannya. Tak pula menangis atau buat hal.. Alhamdulillah.. mudah urusan ibu. Semalam aku cuti sehari kerana menghantar adik ke PPUM. Akhirnya.. dapat juga tarikh untuk buat pembedahan kecil masalah telinganya pada bulan Mac nanti setelah beberapa kali buat check up kat situ. Harap2 semuanya akan berjalan lancarlah hendaknya. Amin...
Jejari Ikan Dori Bersos BBQ Bermadu by MaDiHaA
Bahan2
1 paket fillet ikan dori (beli fillet siap dari supermarket)
Garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk cili kasar (coarse chilli powder)
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk kariTepong beras secukupnya
1 biji telur
Bread crumb secukupnya
Minyak utk menggoreng
Brokoli yang dicelur (untuk hiasan... tapi boleh juga dimakan)
Bahan2 Sos BBQ
½ cawan sos BBQ (apa2 jenama pun boleh)
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar Heinz hot cili sauce
2 ~ 3 sudu besar madu
Sedikit bijan yang disangai
Cara2 Menyediakan
1. Ikan dori dinyahbeku dengan merendamkannya dalam air yang dicampurkan dengan 1 sudu kecil garam. Bila ikan dah lembut.. basuh bersih & lap kering. Potong fillet ikan dori sebesar dua jari atau selebar 1 inci setiap keping. Perap jejari ikan dori bersama garam, serbuk cili, serbuk kunyit & serbuk kari selama 15 minit.
2. Ambil sekeping jejari ikan dori & golek2kan ke dalam tepong beras bagi tiap2 keping sehingga habis & ketepikan dahulu.
3. Pecahkan telur & dipukul sedikit dengan garfu. Sediakan bread crumb secukupnya. Celup sekeping jejari ikan dori ke dalam telur.. tos sekejap & terus golek2kan ke dalam bread crumb sehingga bersalut keseluruhannya. Buat step yang sama bagi semua jejari ikan dori sehingga habis.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng jejari ikan dori sehingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
5. Sediakan sos. Campurkan kesemua bahan2 sos kecuali bijan. Panaskan sebentar di atas dapur dengan api perlahan. Tuangkan kedalam mangkuk yg sesuai & taburkan dengan bijan yg telah disangai terlebih dulu.
6. Hidangkan jejari ikan dori bersama sos bbq bermadu & juga brokoli yang dicelur.
Selamat mencuba!
5 comments:
sedap nih kak! bukan budak2 jerk nih mak budak laju mkn klu mende gini.. hihi
ya lah diha,mak bapak budak pun suka nih..
sesekali makan gaya ni memang sedap kan?
Ikan dory, Satu pilihan yg tepat. Harga pun murah. Tak perlu susah payah buang tulang.
Salam Kak Madiha
Bila tgk nama ikan dori tu, terus teringat cerita "Finding Nemo". Kan ada ikan Dori dlm cerita tu..Tapi dori yg kat blog akak ni lagi sedap kan..Heheh..Naz suka gak menu2 cam ni cume selalunya tu tak sempat amik gambar dah abis kena ngap..
mmm...yummy. nmpak sgt jelas krangupannya
Post a Comment