Terima kasih kepada yang sudi follow....

Sunday, January 23, 2011

Daging Lada Hitam Bersayur


Resepi campak2 je ni.. entah bila masak ni pun dah tak ingat.  Lambat masuk n3 sebab dok carik resepi yang dicatit tak jumpa2.. ni hari baru jumpa so teruslah pos n3 tertunda ni ye... lauk sempoi je nih.. kes malas nak masak sayuran lain sebab kesuntukan masa.. jadilah lauk 2 in 1.. kekekeke....

Daging Lada Hitam Bersayur by MaDiHaA

Bahan2
500 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
10 urat kacang panjang (suka hati nak boh sayur apa.. )
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang halus
2 inci halia ~ hiris nipis memanjang
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus
1 sudu besar sos worcheshire lea&perrin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 cawan air atau secukupnya
sikit gula jika suka
garam jika perlu
minyak masak secukupnya

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih, bawang besar & halia hingga wangi.  Masukkan daging & kacau rata.  Masukkan air & biar hingga daging empuk.
2. Masukkan sikit gula, lada hitam, sos worcheshire, sos tiram & kicap cair. Kacau rata2. Masukkan kacang panjang & biar hingga kacang lembut sedikit.  Rasakan apa yang kurang, jika kurang masin boleh tambah sikit garam. Sedia dihidangkan.


Selamat mencuba!

3 comments:

ilahjy said...

salam madiha kak ilah baru balik dari c4 ptg ni 23jan
masih ada byk lagi sarang takoyaki tu.. rm 62.90 dulu kak baeli tak ingt berapa tapi tak sampai 60 rasanya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ILAHJY: salam kak ilah.. mekasih kak susah2 je akak gi surveykan untuk saya... insyaAllah.. nnt sy usahakan utk ke situ ataupun.. nanti sy kompemkan dengan kazen saya berapa harga yang dia beli cara online.. dari situ boleh buat perbandingan harga.. tapi nak tau gak akak punya tu berapa lubangnya ye?

ilahjy said...

cuba masuk mimi penang punya blog dia mmg jual on9 ..kak mulanya nmpak kuali jer kat blog mimi..sekali p c4 ada pula takoyaki.. so terus kak beli kat c4.. harga +pos lebih kurang kak ilah rasa elok madiha beli on9 dgn mimi lagi senang... nanti kak bgtau dia atau midah sapa mimi yaa..ok.. selamat membeli.. kalu dah beli masuk blog ya...lubang dia ada 7 besar2 kalu dar bahrain ada 9 tapi kecil sikit.. dua2 pun ok... yg besar kenyang laaa sikit hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com