Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, January 31, 2011

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Salam...

Rasanya.. dah berbulan jugak gambar asam pedas ikan tenggiri ni dok dalam folder... buat gara2 terliurkan asam pedas yang Hana tayang dulu... sampaikan nampak Hana dah tayang asam pedasnya kali kedua barulah teringat kat gambar asam pedas ku ini.. hehe..   Asam pedas ikan tenggiri ni dah yang kedua yang aku masak sepanjang tempoh dua bulan ni..  Puas makan sambil hirup kuah asam pedas ni.. hehe.. Sebenarnya.. kat rumah jarang2 masak asam pedas sebab bukan kegemaran cik abang.  Tu yang bila datang teringin nak makan asam pedas dah tak kira abang suka ke tak... masak jugak.. ! Siap aku usik2 lagi cik abang bila dia tanya masak apa mlm ni.. aku jawap.. 'masak lauk feberet abanglah... asam pedas'! Abang jawab 'Allahuakbarrr.....' hehehehe.... teruk betul wife dia ni kan? Takper.. asam pedas masih boleh dimaafkan lagi.. abang masih makan jugak.. tapi kalau masak tomyam.. langsung tak disentuhnya!

Resepi macam resepi asam pedas orang lain jugak kot... khas untuk rujukan anak2 nanti...

Asam Pedas Ikan Tenggiri by MaDiHaA

Bahan2
3 ~ 4 keping ikan tenggiri ~ bersihkan (ku punya ikan besar sangat.. so suruh org pasar kerat dua bg setiap keping)
secekak daun kesum
10 biji bendi ~ cuci bersih & tos JANGAN KERAT LAGI supaya tak berlendir!
2 batang serai ~ diketuk
4 cawan air atau secukupnya (agak2 je tu.. lupa nak sukat.. pekat cair ikut suka masing2)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 sudu kecil gula
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan air ambil jusnya
1 ½ senduk sedang minyak masak

Bahan2 diKisar Halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup/1 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci halia
2 hirisan lengkuas
6 sudu besar cili kisar/ 20 biji cili kering ~ direbus hingga lembut
1 inci belacan (1" x 1")

Cara2 Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 kisar & serai sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan air, air asam jawa & biar hingga mendidih.
2. Masukkan ikan, garam, perasa serta gula & masak sekejap. Kemudian masukkan daun kesum.  Masa ni barulah kerat pangkal kacang bendi dan terus masukkan ke dalam kuah & renih sehingga nampak bendi lembut. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidang. 


Selamat memasak!

10 comments:

Naz said...

Salam Kak Madiha..
Best..best..nyerrrrrr.. Kalau pedas2,pekat2 kuahnya lagi best kan.. Mcm terbau2 jer asam pedas sampai ke sini.. Bak semangkuk, kuah lebih eh nak cicah ngan roti pagi esok..

Nieza said...

as salam kak madiha, sedapnya hirup kuah asam pedas tu kan...suka sgt tambah lak waktu cuaca sejuk2 ni kan..:)

Sizuka said...

My mom suka sangat masak asam pedas. tapi kita orang kat rumah ni, memang jarang masak asam pedas sebab the girls lagi prefer makan ikan sambal. tapi terliur betul tgk asam pedas akak ni :D

Ayu said...

Assalam madiha, dah lama juga tak masak asam pedas..kecur pulak tengok...

Diana @ Melley Mey said...

asam pedas... sedaaap!!!

hana said...

perghh sedap nih kak! mil kite suka wat asam pedas gune ikan tenggiri... klu mak kiter plak gune ikan keli... waduhhhh rindu sama emak2ku!

cikmanggis said...

bertakbir suami madiha hehe Cm bertakbir juga tapi takbir siap sedia nak makan bila dengar asam pedas hehe.

mekar said...

Saya ni peminat asam pedas. Kalau masak lauk ni saya just guna pes. Mudah kan kerja saya? hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

We just love this dish kak! This is really delicious...wish I could get some rice now ;)

Siti Mariam Hussain Zaki said...

salam kak,weekend lepas mariam buat menu nih jugak,guna ikan pari...asam pedas ni suami mariam yg suka,mariam tak suka...terbalik kan kiter nih..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com