Salam & ketemu lagi... hari ni terajin sikit nak update.. bukan apa.. ada masa terluang sikit so update ajelah kan... ;-)
Okey ni sebenarnya kesinambungan dari entry yg pertama tadi... alang2 dah tunjuk ole-ole dari Sarawak pemberian Along Ayu tu tadi.. jadi aku pun masukkan sekali menu yang dah aku cuba iaitu menu yang menggunakan bumbu bubur pedas tu... Sebelum tu... masa Along bagi barang2 tu semua (masa dia ambil kuih-muih tempahan dia tu..) adalah Along ajarkan serba ringkas macamana nak masak gunakan bumbu pedas tu.. Tapi aku ni biasalah kan.. nak buat sesuatu tu mesti nakkan hasil yg pure.. hehe.. (bukannya nak kata Along ajar tu tak betul.. tapi aku sajalah nak cari resepi yg betul2 sebab menurut Along.. masa dia beli tu.. orang yang jual tu ajar pun cakap gitu2 je) demi untuk mendapatkan rasa bubur pedas yang orang kata lebih asli gitu... jadi aku pun godek2lah resepi dalam internet. Ada banyak versi dari pelbagai sumber... tapi yang aku cuba ni resepi yang aku ambil dari Dayang_Jack MyR... Namun gitu.. terpaksa jugak derhaka sikit2 pada resepi sebab ada antara bahan2 yang tak dapat aku cari kat sini. Terima kasih Dayang kerana berkongsi resepi.. mintak halal ye akak nak letakkan resepinya kat sini pulak untuk rujukan di masa hadapan & rujukan anak2 kelak. Kalau siapa2 yang berhajat nak pegi Sarawak bolehlah beli bumbu bubur pedas tu & bolehlah cuba masak sendiri nanti. Tak rugi.. memang best!
Bila siap masak bubur tu.. aku terus teringatkan kuah lontong berkari yang ma selalu masak di pagi raya.. Tapi bila pertama kali aku rasa.. terasa macam makan bubur lambuk Trengganu pulak. Mungkin penggunaan daun kunyit & daun kesum yang buat rasanya seiras. Itu belum lagi aku campurkan pucuk midin (paku midin/lemiding) salah satu bahan wajib untuk bubur pedas ni... haiii.. manalah aku nak cekau pucuk midin kat dalam bandor nih? Dulu aku dapat pucuk midin sebeban masa petik kat tepi jalan on the way balik dari Kuantan tu dah selamat kami lebur dalam bubur lambuk Trengganu.. hehehe.. Mungkin ada rezeki lenkali boleh buat lagi kalau terjumpa pucuk midin kat pasar tani atau pasar malam.. kalau dah letak pucuk midin tu nanti sure rasanya lagi sedap sesedap bubur lambuk Trengganu jugak! hehehe....
Ok Jom tengok resepi!
Sumber : mamawandiha
Bahan-bahan ( 4-5 orang )* 4 sudu besar rempah bumbu bubur pedas Sarawak dibancuh dengan sedikit air
* 10-12 ekor udang basah saiz sederhana (dibuang kulit dan dibersihkan)
* 6 biji bawang merah (dikisar)
* 2 biji bawang putih (dikisar)
* 2-3 tangkai cili kering (direndam lembut, dibuang biji dan dikisar)
* 250 ml pati santan
* 1½ liter air
* 2-3 batang kacang panjang (dihiris kecil2)
* 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
* 1/2 biji keledek saiz kecil (dipotong dadu) (MaDiHaA letak 1 biji)
* 50 gm tau miu (sejenis sayur dan dihiris) (xde stok so tak bubuh)
* 50 gm fo chu campuran (suun, bunga lily (xde stok), fo chu kering (letak fucuk), cendawan halus (x letak jugak) - direndam lembut dan dihiris)
* 2-3 batang jagung muda (dihiris)
* sedikit daun kesum (diracik)
* sehelai daun kunyit (diracik) (MaDiHaA letak separuh je ~ buang tulang tengah sebelum hiris)
* 1 batang serai kecil (dihiris halus)
* 1 sudu besar udang kering
* garam, gula dan minyak masak secukupnya
* lain2 jika nk tambah : daun singkel, sayur lemiding, lobak merah dsb.
*1/2 biji carrot ~ dipotong dadu (MaDiHaA tambah)
*Sejemput bunga kincam ~ direndam, cuci & simpul bunga kincam bagi tiap2 kuntum
Cara-cara
1. Mula2 sediakan bahan2 yg diperlukan(jgn ade yg tertinggal).
2. Panaskan minyak (lbh krg 3-4 sudu besar) dgn api sederhana. Tumis bahan2 kisar dan udang kering hingga terbit bau. Kemudian masukkan rempah bumbu(dibancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang basah dan tumis lg hingga separuh masak. Kemudian masukkan air dan kacau rata2. Biarkan seketika hingga mendidih. (Part ni MaDiHaA tak letak lagi udang takut terlebih masak.. so biarkan air mendidih dulu barulah masukkan udang serentak dengan kentang & keledek)
4. Masukkan kentang dan keledek dan kacau. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga empuk. Kemudian masukkan sayur tau miu, jagung muda, serai, daun kunyit, daun kesum dan fo chu. Kacau perlahan dan barulah dimasukkan santan. Kacau lg(jika kuah agak pekat bolehlah ditambah sedikit air). Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit gula.
5. Hidangkan. Sungguh enak dimakan begitu saja. Selamat Mencuba!
Ye betul.. memang enak banget! Terima kasih Along Ayu sebab bagi bumbu bubur ni ye.. kalau tidak.. tak tau bilalah saya boleh merasa makan bubur ni...
Selamat mencuba!
5 comments:
nak cuba la ,jika bubur lambuk ganu mmg anak anak suka sangat.Madiha,kat tepi rumah Cm ni ada daun midin tapi tak berani tempuh sebab semak yg tebal..takut ada ular.
Beli online pon boleh bumbu ni.Nanti nak try.Terbayang paku miding tepi highway nak keluar UIA.Tapi situ susah nak berhentilah pulak/
CM: cubalah kak.. resepi bumbunya pun ada saya link kan.. kalau rajin buat bumbunya takde masalah tak perlu ada yg instant tu pun boleh buat.. saya pun baru tau ada resepi bumbunya sekali bila saya cari resepi bubur pedas ni.
TYHA: ada jual ye? senanglah boleh order. nnt bolehlah tyha cuba yer... mesti cik abang suka sebab ada iras2 bubur lambuk ganu rasanya.. hehehe..
sedapnya.. ada 3peket rempah bubur pedah tuh.. teringn benar nak makan..tp malas plk hehe
Saya dri brunei nak try jugak bubur pedas serawak neh. Bumbu nya ada tak dimport kbrunei?
Post a Comment