Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, January 24, 2011

Mee Tomyam Sempoi

 
Salam petang....
Petang ni masukkan resepi sempoi dinner ku & anak2 Jumaat lepas.  Sukanya hati dapat hirup tomyam lagi kali nih..  Tunggu je saat & tika ini.. hehe.. Jumaat lepas hari akhir abang kerja shift malam bermakna dia akan masuk kerja awal iaitu pukul 4 petang & abis kerja 12 tengah malam.  Bermakna.. dia tak dinner kat rumah.. so.. hari2 macam ni.. bolehlah aku masak tomyam feberet aku & anak2 ni.. hehe.. Cik abang memang tak suka tomyam sejak dulu gara2 daun limau purut seteru dia tu..  kalau makan kat luar pun.. bila aku order tomyam aku dengan kakak Dini je yg pulun sebab tomyam kat kedai biasanya pedas.. anak2 yg lain tak tahan pedas..

Oklah layan resepi sempoi... khas utk rujukan anak2...

Mee Tomyam Sempoi by MaDiHaA

Bahan2
1 peket mee kuning ~ celur kejap & tos
Bahan untuk tomyam
½ ekor ayam ~ potong kecil
300 gm udang / ikut suka nak letak byk mana ~ bersihkan
1 batang carrot ~ potong ikut suka
¼ biji kobis ~ hiris kasar
½ biji cauliflower ~ potong floret
1 biji brokoli ~ potong floret
3 helai daun limau purut  ~ disiat2
3 ~ 4 batang serai ~ diketuk  
2 ~ 3 biji limau nipis ~ ambil jus
6 biji cili padi ~ dipecah2kan (kali ni terpaksa skip sbb takut si kecik tak dpt mkn)
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
3 ~ 4 sudu besar pes tomyam ~ dicairkan dgan sikit air
air secukupnya ikut citarasa masing2
garam, aji & gula ikut citarasa

Bahan2 dikisar halus
1 biji tomato ranum yang besar
1 biji cili merah
2 biji cili padi ( letak sikit ni takut si kecik pedas)
½ inci lengkuas
1 Inci Halia
5 Biji Bawang Merah Kecil/ 1 biji bawang besar

Cara2
1. Jerangkan air bersama bahan2 kisar. Masukkan sekali ayam serta kesemua bahan2 lain kecuali bahan2 perasa, udang, sayuran & jus limau.
2. Bila dah mendidih & ayam nampak masak, masukkan carrot & cauliflower.  Biarkan mendidih sebentar terus masukkan sayuran yang lain serta udang & kacau2 biar mendidih.
3. Masukkan jus limau & perasakan dgn bahan2 perasa biar secukup rasa.
4.  Bolehlah hidangkan tomyam bersama2 dengan mee atau bihun.
Nota : Sayuran boleh ditukar ikut sayuran kegemaran.  MaDiHaA sengaja letak sayuran lebih dalam tomyam sebab memang suka meratah sayur tiap kali makan tomyam.

Selamat mencuba!

6 comments:

Anna Qawina said...

sedapnyaaaa...sluurrrppp..hirup kuh..hihi

Nieza said...

Assalam kak, sedapnya mee tomyam ni....memang my fav ni suka la hirup kuah...kena lak time sejuk2 kat sini..memang best ni...:)

K.Nor said...

sempoi ke tak sempoi ke, tetap sedap.. :)

hana said...

yg sempoi sempoi camni la yg best kak! tak cukop semangkuk dbuatnyer! hihi

izahdaut said...

Akakk... Saya pun suka buat macam ni.. Kalau hubby tak de la. Kalau hubby ada dia nak nasi jugak.. Hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ANNA QAWINA: sedap toksah ceritalah anna.. tomyam ni mmg feberet akak..hehe…

NIEZA: salam nieza.. samalah kita nieza.. mmg suka hirup tomyam.. tp tu ler.. cik abang akak lak tak suka.. hairan betul!

K.NOR: kalau dah sebut tomyam.. sure sedap kan kak?

HANA: haa.. tau takper.. semangkuk mmg sure tak cukup punya.. bayangkan akak masak setengah ekor ayam tu.. kami 4 beranak (+ yg kecik tu) abis seperiuk!!

IZAHDAUT: sama pesen laki kita ye izah.. hehe.. tu pasal kena tunggu laki takde baru boleh masak mcm ni… melepaskan mengidam! Kekeke…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com