Thursday, December 22, 2011

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum...

Bersua lagi... Hari ni mendung jer dari pagi sampai ke tengahari.. sebentar tadi pun hujan juga & cuaca masih lagi mendung kat luar sana.. sejuk2 ni sedapnyer kalau dapat dating dengan bantal & selimut kan? kekekeke... Oklah.. takmau bebel panjang2 sebab masih banyak tugasan lain yg perlu disiapkan... Kali ni sekadar berkongsi resepi yang simple masak untuk anak-anak 2 hari lepas.  Kebetulan batang celery lebihan masak Daging Lompap ada lagi.. jadi terus teringat nak masak spagetti ni sebab bahan2 lain pun memang dah ada kat rumah tu. Anak2 minggu ni tak hantar ke baby sitter & kerap ditinggalkan kat rumah sebab ayahnya kerja shift malam.. Jadi pagi2 kenalah bangun awal masakkan sesuatu untuk mereka kat rumah sebelum bersiap ke tempat kerja.. 


Spagetti Bolognese ni memang kegemaran semua anak2 sebab tak pedas.  Tapi ayahnya kurang suka pulak... katanya terlampau masam & tak pedas jadi tak berapa kena dengan seleranya.. hehe..  Jadi untuk memikat selera suami & supaya anak2 masih boleh makan... terpaksalah MaDiHaA ubahsuai sikit resepi asal mengikut citarasa keluarga dengan sedikit penambahan bahan2 yang mungkin tak sepatutnya ada dalam resepi asli sos bolognese ni... Takperlah kan.. janji orang Itali tak marah sudahlah.. Yang penting family kita suka & dapat menjamu selera... hehe...

Ok jom tengok resepi campak2 ni... rasanya semua orang pun dah pandai masak sos ni kan.. Lagipun.. sekarang semua benda pun dah ada yang segera macam sos spagetti tu.. lebih memudahkan kerja.. cuma tambah2 bahan lain je terus siap sos ni.. memang simple.  Tapi takperlah.. sekadar berkongsi cara masing2 & juga untuk rujukan anak2 nanti... letak jugaklah resepi kat sini..


Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan
500 gm spagetti
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil garam
air secukupnya
3 sudu besar minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus

Bahan Sos
1 biji bawang besar ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil serbuk paprika
400 gm daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos spagetti prego tradisional
2 biji tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang celery ~ didadu halus 
1 tin cendawan butang/straw (MaDihaA guna straw mushroom) ~ dihiris
2 helai bay leaves
½ sudu kecil oregano
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puri/ 3 sudu besar sos tomato (MaDiHaA guna sos tomato sebab taknak masam sangat... takut husband tak suka.. hehe..)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak & sedikit butter untuk menumis

Bahan tambahan
Serbuk parmesan cheese secukupnya

Cara menyediakan
1. Dalam periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut. Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar. Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau lagi.
3. Masukkan daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti & air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih & kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya.  
5. Hidangkan spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa menghidang.


Selamat mencuba!

4 comments:

Qhaifa Nur said...

meriahnya spagetti ni...semua ada..
anak2 saya cukup suka makan ni..

NoorMasri said...

As salam Madiha...sedap nya spagetti bolognese...akak sukaaaaaaa.....nak ngendeng sikit boleh...sikit aje...akak tengah diet ni tak leh makan byk2 hehehe

Amie said...

Assalam Madiha,
sejuk2 begini sedap makan spaghetti bolognese ni... minta sepiring ye Madiha, bubuh kuah lebih2 sampai tertutup spaghetti tu...sedapnya!

Mama Gee said...

terus rs laparr tgk gambar tu

kak..org nasihatkan kalo nk gi bandar melaka jgn gi ujung minggu..mmg crowded giler...tp kalau nk gi gak..make sure awal pg dh kuar ke bandar tu...br tak jem sgt..parkingp un ok lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...