Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, February 24, 2012

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum....

Menu yang di masak seminggu atau dua minggu lepas... terlupa dibuatnya sebab lama sangat simpan gambarnya.. hehe.. Apa2pun.. lauk ni sedap & mudah aje menyediakan. Bahan2 pun ringkas... Yang penting.. suami & anak-anak suka... Sedap dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Resepi seperti di bawah ilham dari Majalah Mingguan Wanita yang aku ambil dari fotopages kazen ku Ida Marlida. Tq Ida... kemain lama kaklong simpan resepi ni... baru ni sempat mencubanya.  Ternyata memang sedap!  Actually.. bahan2 resepi ni lebih kurang sama dengan resepi yang biasa aku masak gunakan hati lembu... bezanya cuma resepi ini tak guna serbuk kunyit..


Daging Masak Hitam
Resepi : Majalah Mingguan Wanita
Sumber : Fotopages Ida Marlida

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)


Selamat mencuba!

14 comments:

izan mama mia said...

WAhh sedap ni....resepinya agak sama dan namanya sama dengan menu wajib kenduri kawin kat kampung izan...kat sana,kalau tak ada 'daging masak hitam',masa kenduri..memang tak sah.... :)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madiha :)
wah ada daging msk hitam kat sini.. mmg belom pernah cuba lagi resipi begini..masuk list dulu :)

norlieharumaini said...

walla.. walla.. sedapnya.. suka sangat.. BC tu akak x buat dengan krimwell.. tapi akak buat guna super creamlite dan creaming jel

CitarasaKu said...

Salam madiha.

Nampak daging masak hitam terus datang ambik bau....hihi kesukaanku.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
daging masak hitam nie nampak sedap... kalau daging d masak mcm nie mmg laku kat rumah diana .. sedap sgt... lain kali bole cuba resipi nie plak..

Ct zue said...

A salam kak...
sedapnye sy tgk huhu... ada gak resipi len yg sy nk cuba.. mintak share ek hehe..
terima kasih

ASMAH YUSOF said...

Assalammualaikum kak....

Lama x masak lauk nie kak...suami asz suka sgt lauk msk kix=cap nie...:))))

razif salleh said...

mcm sedap je... nak rasa sikit...

sis shuhada said...

Salam. Bestnya nampak.hihi saya tengah cuba resepi ni.

Unknown said...

Salam... Terima kasih ats resepi2 u. Memang mudah n bhn senang utk dicari bg yg menetap di luar negara. Ada beberapa resepi lain u yg sy cuba... Menjadi!!!

Unknown said...

Salam... Terima kasih ats resepi2 u. Memang mudah n bhn senang utk dicari bg yg menetap di luar negara. Ada beberapa resepi lain u yg sy cuba... Menjadi!!!

aziejaya said...

Yang ini nampak sangat sedap dimakan dengan pulut kuning atau lemang.

MARIA AWI said...

suka makan tapi tak pandai masak.
Bulan puasa tahun ni nak cuba la..

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak

sitimariambtsudin said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com