Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, February 16, 2012

Udang Kering Bercili / Chilli Dried Prawn

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni masukkan quick entry aje ye. Tak sempat nak celoteh panjang-panjang...  

Jom tengok resepi Udang Kering Bercili yang pelbagai guna ni.... Idea masak ni bila mr. hubby beli chili prawn yang siap pek dalam botol untuk dimakan dengan nasi goreng atau bihun goreng... terus timbul idea nak masak sendiri.  Lagipun.. memang stok udang kering masih banyak lantaran stok yang lama belum habis.. mr. hubby dah kirim lagi membernya beli lagi masa dorang balik kampong hari tu...  Macam2 boleh buat dengan sambal ni... & tak rugi buat banyak2 sebab boleh disimpan beberapa hari...

Semak resepi ye...

Udang Kering Bercili
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan udang kering ~ rendam, tos & blender kering
2 keping asam keping
1 1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil garam (atau secukupnya bergantung jenis udang kering samada masin atau tidak)
1 sudu kecil aji (optional)
2 sudu besar gula

Bahan2 kisar
50 gm cili kering ~ dipotong & buang biji, rebus kemudian dikisar berasingan
8 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan cili kisar hingga naik minyak. Tambahkan gula & bawang kisar & biar hingga agak garing & naik minyak. 
2. Masukkan udang kering kisar & asam keping lalu perlahankan api.  Kacau rata & biar hingga agak kering & terbit minyak.
3. Tambah garam (jika perlu), aji dan kacau rata & biar hingga sambal kering dan pekat. 
4. Bila dah secukup rasa.. tolak sambal ke tepi kuali & biarkan seketika supaya minyak tos sedikit kemudian bolehlah diangkat & dihidangkan.  
5. Untuk disimpan.. pastikan sambal sejuk sepenuhnya kemudian bolehlah simpan sambal ini dalam bekas bertutup & boleh digunakan pada bila2 masa.  Sambal tahan disimpan sehingga 4 - 5 hari (atau lebih) tetapi sila gunakan sudu bersih & kering ketika mengambil sambal dari bekas.
6. Sesuai dihidang bersama nasi goreng, pulut kuning, bihun goreng, mee goreng, cucur ikan bilis atau dihidang bersama tauhu kukus/goreng, terung goreng kosong.  Boleh juga dijadikan rencah tambahan dalam gorengan sayur-sayuran atau nasi goreng, tomyam atau lain2 lagi ikut selera masing-masing.



bihun goreng sempoi sarapan anak2 sebelum ke sekolah... ditambah udang kering bercili untuk menambahkan lagi keenakan semasa makan...


Selamat mencuba!

9 comments:

AZLITA AZIZ said...

salam Madiha..
Nampak macam sedap aje..
Tapi udang kering tu mahal kan.. sayang pulak nak masak hihi

ita kalau masak letak udang kering jimat2 hihi.. sebab mahal lah sekarang udang kering

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

W'salam Ita..
memang sedap tau Ita.. yelah udanglah katakan.. hihi.. memang betul udang kering mahal.. tp tulah.. kat rumah ni banyak pulak stok udang kering sebab suami kirim kawan dia beli masa kwnnya blik kg.. nak kata murah sgt takla juga.. mungkin murah sikit la kot.. tp yg penting udangnya fresh & kurang masin.

hazila said...

Sambal macam ni memang serbaguna. Saya ni malas nak buat sendiri, tu yg beli ready made in a jar....

cik cek said...

Ratna...akak nak mee hoon sepiring ngan sambal udang sekali...:)

Amie said...

Enaknya udang kering bercili tu Madiha! Boleh cicah pulut, ubi rebus, dan macam-macam lagi. Eloknya kalau resepi begini kita buat lebih, buat banyak-banyak supaya boleh disimpan untuk kegunaan akan datang... terutama sekalai waktu kesuntukan nak masak, makan aje dengan nasi panas!

norhidana said...

kire cam sambal bilis kering ye kak...

Qhaifa Nur said...

udang kering x pernah masak cam nih....selalu tumbuk dan campur dalam sayur je...

MULAN said...

sedapppp nya....

ummiaisyah said...

salam kak ratna...isy akak ni..dh lupa kt org teluk intan ye..dr zaman fp lagi kita dh berjiran...dr dak alin tu xde sampai alin dh bulat...dh tuko nama sikit..dulu umieaisyah..dh blog baru..nama pon nk baru..rebranding..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com