Assalamualaikum....
Salam Jumaat penghulu segala hari.... tinggal hanya seminggu saja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari raya korban ataupun hari raya Aidiladha... Tahun ini... ramai rakan blogger yang ku kenali selama berblog ini telah dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T.. Syukur alhamdulillah & tumpang gembira mendengarnya. Doa MaDiHaA dari kejauhan semoga Kak Anymz & suami, Kak Ummi & suami serta Ziela & suami dipermudahkan segala urusan ibadah di Sana & mendapat haji yang mabrur... amin. Semoga suatu hari nanti... kami juga berpeluang untuk ke sana. Mudah2an dimurahkan rezeki yang halal sentiasa... amin ya robbal alamin...
Oklah.. hari ni nak berkongsi resepi yang mudah saja. Sekejap je penyediaannya.. cuma nak tunggu dikukus & disejukkan tu yang makan masa sikit. Dah lama sebenarnya tak buat sebarang jenis puding untuk hidangan keluarga. Tiba2 tekak rasa teringin sangat nak makan puding. Cari2 resepi puding.. terjumpa resepi Puding Milo Kukus ni di blog Dayangjack. Melihatkan gambar di blog Dayang dah boleh jangka mesti sedap. Memang tak rugi mencuba sebab puding ni sememangnya sedap! Penuh rasa coklat walaupun rupa paras yang MaDiHaA buat ni tak begitu comel... hehehe.. tak mengapalah.. bukannya nak hidang kat orang lainkan...
Terima kasih pada Dayangjack berkongsi resepi ringkas ni ye... minta izin kongsi kat sini pula mana tau ada yang nak cuba...
bahan-bahan : 2-3 orang makan
- 1 cawan milo
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula perang
- 2 biji telur A
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
:
1. Sediakan pengukus. Jerangkan
airnya. Sediakan bekas tahan panas untuk puding. Jika nak buat satu bekas,
sapukan sedikit mentega.
2. Kisar semua bahan di atas KECUALI
telur hingga sebati. Ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, pukul atau
kacau telur perlahan-lahan tetapi jangan sampai berbuih.
4. Satukan telur dengan bahan yang
dikisar tadi. Kacau sebati. Kemudian tapiskan.
5. Tuangkan ke dalam bekas tahan
panas. Tutupkan dengan kertas foil/aluminium. Kemudian kukuslah selama lebih
kurang 30-40 minit.
6. Setelah masak, biarkan ia sejuk
terlebih dahulu.
***Kalau
suka serbuk kulit kayu manis, bolehlah bubuh sket dalam adunan.
Selamat mencuba!
21 comments:
oooo.. puding milo kukus.. patut nampak mcm puding telur kukus tu... mesti anak2 suka.. sbb rasa milo/coklat.. kan.. :)
Selamat menunaikan ibadah haji yang mabrur untuk semua umat islam di tanah suci mekah.. sama2 kita doakan yang terbaik..
Wah...nyaman banget...harus dicuba ni...
mcm puding telur karamel... semestinya sedap sebab ada milo.
owhhh sedapnye.....klu mbh serbuk koko mesti lagi kick kan! =)
mmg nak cuba nanti..simple menunya...
sedapnya puding...
yum yum nampak seakan-akan serikaya telur.Sedap ni dapat bayangkan rasa lemak manis milo tu:)
ha'ah laa kak..rupa dia tak lawa sgt mgkn sebab permukaan dia tak licin mcm puding2 yg selalunya akak buat, hehe...
tp yg penting rasa dia, kan..hehe..
perghhh, meggoda betul tgk puding tu...hihihii
Salam kak madihaa.. hihi.. tu la, mmg sunyi sepi kan, kat fb pun sunyi jugak kak.. mmg x ngadap dua2. huhu... nmpk resepi mcm puding karamel campur milo. mesti sedap kan.
slm Kak Madihah...
waduhhh kak..sedapnya nmpk puding milo tu...mesti laju aje ni masuk ke tekak...slurppp...
resepi baru...sedap nampaknya..
salam kak madihaa,
apa2 yg ada milo n coklat..mmg ramai org suka kan kak..mkn sejuk2 sedap nie kak:)
sedapnya....
Hi Madihah, nampak sedap ni.Kalau hari panas dan letak dalam peti lagi sedap ya.
Kakkk..terliur tgk puding akak pepagi bute ni haaa..rasa nak menyudu jer barang setengah loyang..hehe..suka puding jenis basah gini..mintak kak,mintak :-D
oohh... mesti sedap ni.. tak terpikir ada resipi macam ni... tq tq..
Salam kak Madiha..
Kak, tak pernah buat ni kak Puding milo kukus.. Selalu kalau masak puding, mesti masakkan atas api dapur dalam periuk..
MILO KAK?...hmm kompem kalo dpt kat mia mija ni mmg sekali hadap jek laa ekeekekek...budak2 mane la tak suke milo kan kak.....sedangkan milo serbuk tu pun boleh diratah...ini kan pule yg dah jadi puding gini hah....
nampak sedaplah kak....very creative!!
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
wowww
nk try nantii..
tq kak
Post a Comment