Monday, October 8, 2012

Tomyam Ayam Ala Thai


Assalamualaikum...


Dah banyak kali masak tomyam ni... sejak berjumpa resepi yang ini... bila teringin nak makan tomyam.. pasti dok ulang resepi ni saja.. Antara resepi tomyam yang sedap di tekak ku... En. hubby bukan peminat tomyam tapi aku & anak2 semua sukakan tomyam.. jadi pantang en. hubby tak lunch atau dinner di rumah pastilah tomyam menjadi menu pilihan kami.. hehe...  Terima kasih kepada empunya resepi Noor dari Sajian Dapur Bonda. Minta izin letak resepi di sini ye... terima kasih untuk resepi yang sedap & mantap ni...  Mula2 baca resepi dah terpikat bila nampak penggunaan susu pekat & sos ikan dalam resepi ni.  Tak sabar2 nak cuba.. tp tulah.. kena tunggu big boss tak makan kat rumah baru berpeluang masak tomyam.. hehe.. mmg tak rugi mencuba resepi ni.. sedap!  Biasanya kalau masak tomyam aku suka letak sayur banyak2 sebab suka meratah sayur & menghirup kuahnya.. tapi kali ni kebetulan kehabisan stok sayur di rumah sebab baru balik dari kampong.. jadi letak apa yang ada sajalah...

TOMYAM AYAM ALA THAI 
Resepi : Sajiandapurbonda

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk 
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya (MaDiHaA guna 1 biji limau nipis + 1 biji limau purut ~ kebetulan ada)
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek
1 biji buah tomato
6 batang crab filament stick - dipotong pendek (pun non stok)
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)
(kebetulan takde stok sayur kat rumah sbb baru balik dari kg jadi hanya guna apa yang ada saja iaitu tomato & cendawan butang dalam tin saja)

Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.


Selamat mencuba!

21 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak... :)
ada gak akak wat tomyam kan.. kalau nani tak penah masak tomyam pun.. tahun ni nan ado lagi... sbb pecinta tomyam di dapur sendiri tak do.. yang ada pecinta tom yam kedai tomyam je.. kalau nak makan biasanya mr mama sorang je.. kalau nani hirup2 kuah sesudu dua je.. lepas tu dah.. tak bape nak suka sbnarnya tapi boleh makan.. :) sedap nampak tomyam akak.. cam kat kedai punya... :)
>> teringat dulu, adik nani suka sgt makan tomyam.. selalu mkn kat 1 kedai.. 1 hari dia order pedas skit ye.. (soh extra pedas la kan) lepas tu dpt2 tak pedas sangat pun.. sikit je pedas2 nye.. dia kata tak ummpphh.. lama2 dia order.. pedas sampai kuar air mata ye.. nahhh.. amikkk.. skali dapat sampai meleleh air mata punya hirup pedas tu... baru la lepas tu dia puas.. ehehehe

Lydia Miza said...

kegemaran adik ni kak..sedapnyeeeeeeee

norhidana said...

lama akak senyap,ingtkan ngajuk hehehe... sedapnyer kak tomyam, msti terbau2 kewangian nyer

Norzie hany said...

Assalam Madiha.
Tomyam memang fav saya....sedapnya hirup kuah dia.Dah lama tak masak tomyam,hubby i pun tak suka sgt mkn tomyam.

ijayuji said...

Salam kak madiha! sedapppnyaaaaaa! tgh hujan2 n tekak tak sedap ni menghirup kuah tom yum yg pedas2 masammm nii kan ya Allah! nikmatnya! terasa nak buat jerr lah! tp bhn2 sume kejang ehehe...

izahdaut said...

lamaaaaaaaaa dah tak makan tomyam.. haisshh masam2pedas tu sedapnya... nak buat gak la, tunggu laling balik otstesen dulu la nampaknya. makan sorang tak lalu sangat..ececceehhh

nina said...

waahhhhh...sedapnyaaaa..,terliur tngok...,nak skit..hihi

cikmanggis said...

oh masuk susu pekat!itu yg buat rasa lemak .Cm jarang mask tomyam sb suami Cm pun tak suka.Sekali sekala terasa nak makan beli je kat kedai masakan Thai tetapi ada masa sedap dan ada ketika nya tak sesuai dgn selera.

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros baru lepas makan tomyam..tapi tomyam beli kat kedai....je.Ni mesti sedap kan??

Unknown said...

Nampak sedap tomyam ni...gambarnya pun cantik

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Madiha.. Pertama kali lah kita jumpa resepi tomyam letak susu pekat, kalau dah berapa kali ulang maknanya memang ssedap sangatlah nikannn..

Liza said...

perghhh, nmpk pun dah tau tahap kesedapan tomyam ni...kalau dpt semangkuk pun ok jugak ni....hihihhi

Qasey Honey said...

slm kak Madihaa syggg..nmpk sedap tomyam tu...QH mmg suka pon...tp takat ni..xpenah lg masak sdri..hehe...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
makan dgn nasi putih, hirup kuah tomyam fuhhh sedap tu k.madiha he he memang habis semangkuk nanti

cahayahidupku.blogspot.my said...

wow! peberet saya ni .. memang terangkatlah kalau regu dengan nasi putih , hendaknya masa tengah berasap ni.. lagi poweerr.
Terima kasih kongsi resepi.. teringin nak cuba :P

rahel said...

Kuah tom yam memang peberet Rahel...ermm nak slrup...hehee

Lydia Miza said...

kak..adik dah email alamat..dpt x?

Mulan said...

sedaaaapppp ni... nak sikit...!!!

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Madiha, terima kasih kerana sudi cuba resepi tom yam ala thai ni. Sememangnya itulah rahsianya tom yam kat sebelah Thailand tu sedap. Rahsianya.... tidak lain dan tidak bukan ialah susu pekat. Resepi ini pun akak dapat daripada orang belah sana juga. Semoga ia dimanfaat bersama.

nurul said...

Madiha, saya biasa buat tp yg biase
2 aje, x letak susu pekat. susu pekat tu yg mcmane? beli dr pasaraya?.. sori tnya sbb x biasa dgn susu pekat...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

NURUL : susu pekat tu samalah dgn condensed milk atau boleh juga gunakan krimer manis... biasa org panggil susu pekat je....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...